7 Benda Ini Mak-Mak Patut Buat Sebelum 1 Syawal, Barulah Tak Kalut!

Tinggal beberapa hari lagi Syawal nak tiba, jadi apa yang mak-mak sudah sediakan? Kadang disebabkan banyak sangat nak diselesaikan, anda mungkin akan terlepas pandang bab ini, jom semak apa yang boleh mulakan dari hari ini…

1. Bersihkan dan hias rumah

Haaa… kalau nampak meja dan tirai sudah berdebu, tak awal sangatlah nak cuci. Anda memang dah boleh mula! Jika sofa, meja dan jendela lama tidak dilap, bersihkan mulai sekarang. Jangan lupa bersihkan celah-celah kerusi dan kalau ada niat nak mengecat rumah untuk tukar pemandangan, sila beli cat hari ini!

2. Belilah bahan-bahan nak masak awal

Agak-agak nak masak apa di hari lebaran? Anda boleh membeli bahan-bahannya dari sekarang, misalnya daging, bawang-bawang dan sayur sebab biasanya apabila menjelang lebaran harga-harga bahan dapur naik mendadak dan susah nak dapat.

3. Siapkan terus sampul duit raya

Bagi anda yang nak pulang kedua-dua belah kampung, pastikan anda dah bagi siap-siap duit raya. Ini cara untuk lari bajet! Haaa… waktu raya nanti, tidaklah main ‘tarik-tarik’ je, sebab dah tahu jumlah itu saja yang ada. Jangan pula lepas raya sampai terguna duit raya anak pula!

4. Bersihkan bilik air

Kalau dah tahu rumah selalu tempat berkumpul adik beradik dan kunjungan banyak saudara dan tetangga, pastikan anda tidak hanya menjaga kebersihan dapur, tapi juga menjaga kebersihan bilik air. Ingat, kebersihan bilik air adalah simbolik kepada kebersihan diri kita.

5. Siapkan kuih raya dan jajanan lebaran

Dah buat kuih raya? Kalau belum, sekarang dah boleh beli atau buat. Kemudian jangan lupa basuh siap-siap semua balang yang nak diguna. Tak ada lah kes tetamu dah datang, anda baru nak cari balang letak mana. Selepas itu, kalau malam nak raya nanti bolehlah pakat adik beradik isikan kuih dalam balang. Jangan pula isi waktu kalut nak pergi solat raya!

6. Semua baju dah ada dan siap cuci

Baju raya dah cukup ke belum? Kalau nak tambah lagi jangan sampai lari bajet ya, elakkan membeli sampai mana yang tak perlu. Ala kadar sudah. Dan pastikan anda dah cuci dan kalau rajin, silalah gosok terus! Gantung siap-siap dalam almari. Bagi anda yang nak pulang raya di kampung, tidaklah berebut seterika waktu di kampung dengan nanti.

7. Basuh pakaian solat

Jangan lupa untuk cuci sejadah, kain pelikat, dan telekung. Pastikan butang baju suami dan anak-anak lelaki dah letak satu tempat. Senang nak pakai! Kalau suami suka pakai minyak wangi, cari yang jenis boleh bawa solat.

Itulah beberapa hal yang boleh anda mula sediakan dari sekarang untuk menyambut hari Raya Aidilfitri. Pastikan jangan buat kerja last minute, kalau tak nak kalut! Apa yang terbaik, mula dari sekarang untuk pastikan semua teratur tak ada masalah di hari lebaran nanti.

Sumber

Scroll to top