Abang Terlajak Laris Tawar RM5,000 Tangkap Orang Gaji

Abang Terlajak Laris Tawar RM5,000 Tangkap Orang Gaji

Datuk Aliff marah dengan orang gaji yang tidak amanah. (Gambar: Instagram @aliffsyukriterlajaklaris)

Belum reda isu video memarahi pembantu rumahnya disebabkan mencuri minggu lalu, kali ini Abang Terlajak Laris atau Datuk Aliff Syukri berang apabila orang sama membuat onar terhadap kepercayaan diberi.

Lebih teruk apabila pengasas produk kecantikan itu mendedahkan kelima-lima pembantu rumahnya bersekongkol melarikan barangan berharga dan wang tunai bernilai kira-kira RM100,000 hanya beberapa hari selepas penemuan pertama.

Membuat laporan polis.

Memetik laporan, Aliff sanggup menawarkan wang tunai sebanyak RM5,000 kepada orang ramai yang dapat memberi maklumat sehingga tertangkapnya mereka yang dikatakan sudah melarikan diri itu.

Tawaran berkenaan dikongsi menerusi satu rakaman video berdurasi 6.14 saat yang dimuatnaik di laman Facebook miliknya 'Aliff Syukri Terlajak Laris' pada malam Ahad lalu.

Antara wajah pembantu rumah.

“Apabila kes pembantu saya mencuri saya memang naik marah dan mereka merayu untuk tidak dihantar polis. Saya termakan pujuk rayu atas dasar belas kesian sesama manusia.

“Tetapi bila mereka bertiga dan seorang lelaki iaitu suami salah seorang daripada mereka sebagai tukang kebun pun turut berkerjasama untuk mencuri wang, jam dan cincin saya bernilai RM100,000, saya tidak lagi percaya pada bibik yang gaya bak malaikat.

Tidak lagi termakan pujuk rayu pembantu rumah.

“Saya tekad melaporkan perkara ini pada polis walapun saya tidak sampai hati. Saya menyeru polis menangkap dan membenteras mereka yang sedang berlegar-legar di sini supaya tidak ada lagi orang yang terkena nasib seperti saya.

“Telefon saya yang lama juga hilang. Anda boleh menghubungi nombor telefon pengurus saya di profile jika ada sebarag urusan yang serius," tulisnya.

Tidur di hotel kerana trauma.

Dalam perkongsian status baru di Instagram miliknya, beliau juga memuatnaik sekeping gambar bersama seorang anak sedang tidur di bilik hotel disebabkan trauma dengan kejadian kecurian terbabit.

Terdahulu, kisah 'Bibik Pencuri' menjadi perhatian serta perbualan netizen di laman sosial hangat apabila Aliff bertindak mendedahkan perkara tersebut menerusi 'live video' di akaun media miliknya pada Rabu lalu.

Scroll to top