Ada Apa Dengan Raya

Ada Apa Dengan Raya

Masa kecik, aku ingat lagi raya ni memang best sangat. Balik kampung, jumpa sepupu sepapat. Kitorang main sama2. Dan yg paling best, dapat duit raya! Tak di lupa juga pakaian dan kelengkapan di hari raya. Keluarga aku bukannya kaya, tapi sebab dapat ayah dan ibu yg memang pentingkan anak2, jadi nya tak pernah lagi tak dapat baju raya baru. Sampai la aku form 5.

Bila dah masuk universiti, aku dah malas sikit nak beraya. Baju daripada form 5 tu, aku guna sampai sekarang. Dah tak mintak dah duit untuk beli apa2 untuk raya, tapi kalau parents bagi aku ambil juga.

Bila dah kerja lagi la, memang tak kisah langsung. Tak ada rasa keperluan langsung nak beli barang2 baru, semata mata untuk beraya. Aku beli barang baru bila barang lama dah rosak atau bila ada promotion yg aku rasa berbaloi (contoh baju kemeja padini dia jual bawah rm40).

Point nya di sini, diharapkan untuk raya ni, kita sama2 la bermuhasabah.

1) Rasanya tak perlu kot nak beli segala benda baru untuk raya, KECUALI la korang mampu sebab korang kaya. Ni aku tengok abg ipar aku yg selalu minta duit daripada mak bapak diorang, dah nak raya pun still minta lagi duit, sebab nya nak beli baju raya. Kalau sebab untuk keperluan hidup, aku boleh terima lagi.

2) Tak semua kita senang nak beribadah, tapi kalau malas beribadah, jangan pulak kita menyusahkan atau mengganggu orang lain. Tolong la jangan main mercun. Bunyi dia bukan nya best pun, korang yg main je yg rasa best. Main mercun pop pop atau bunga api dah la. Dua tiga hari lepas, pukul 3 ke 4 pagi ada orang dok main mercun. Aduhai, kalau ye pun korang tak nak buat qiamullail, jangan ganggu orang lain nak buat qiamullail (aku tak maksudkan aku sebab aku memang malas).

3) kalau ada anak, latih anak untuk tidak beraya secara berlebihan dan yg penting, jangan minta duit raya. Aku bukan apa, raya ni kita nak letak kebahagiaan kepada kebendaan atau kejayaan kita menunduk hawa nafsu? Sepatutnya dari kecil kita sah ajar diorang benda yg betul, supaya bukan bila dia dah besar macam aku baru nak sedar. Aku ada baca dekat FB, ada keluarga susah ni dok mengharap bantuan zakat untuk dia beli baju raya anak2. Aduhai, bukan nya tak boleh, tapi jangan la sampai tahap macam tu. Kalau tak ada, pakai je apa yg ada. Bukan orang tau pun baju tu baju baru ke lama!

4) Makan. Fuh yg ni memang payah kot. Aku sendiri terliur tengok ketupat palas diganding bersama rendang daging. Tapi sebagai negara yg telah di nobat sebagai paling gemuk di rantau Asia Tenggara ni, aku rasa kebanyakan daripada kita ni memang kena jaga makan dan minum. Bukan apa, badan kita ni nak pakai lama, kalau panjang umur. Kita kalau boleh nak la badan yg sihat ketika mengerjakan haji pada umur 70 nanti, ye tak?

Di akhir kata, aku ingin memohon maaf kalau ada yg terasa. Masih ada saki baki bulan Ramadhan, semoga kita manfaatkan sebaiknya.

Sekian.

AMF

AMF

Sumber & Kredit: iiumc

Scroll to top