Adik Dato Fazley bagi hint nak kahwin dengan Mawar Rashid?

Menerusi laman Instagram pelakon Mawar Rashid, aktres itu memuat naik sebuah entri khas untuk kekasihnya, Raf Yaakob sempena sambutan Hari Bapa.
Adik Dato Fazley bagi hint nak kahwin dengan Mawar Rashid?

Adik Dato Fazley bagi hint nak kahwin dengan Mawar Rashid?

Mawar yang mula dikenali menerusi pertandingan Dewi Remaja itu mendedikasikan ucapan Hari Bapa untuk Raf yang merupakan bapa tunggal kepada dua orang anak.

“Happy Fathers Day Raden. One of the reason that makes me fall in love with you is the way you treat your kids & I know for sure that you will take care of me like how you treat your kids, your mom & your family. Your kids are so lucky to have a such a great father. You are their superhero. Love you abang @rafyaakob,” tulis Mawar.

Ucapan itu dibalas oleh Raf dengan rasa berterima kasih.

“Love you more manje. Terima kasih kepada semua yang mendoakan #MawaRaf Insha-Allah benda yang baik tak akan dilambatkan,” tulis Raf.

Komen Raf seolah-olah menggambarkan yang hari bahagia mereka akan dilangsungkan tidak lama lagi.

Raf dan Mawar masing-masing menggunakan gelaran ‘Abang’ dan ‘Manje’ sebagai nama panggilan mesra antara mereka berdua.

Sumber: Astro Gempak
Loading...
Scroll to top