Anak TPM, Datuk Nurulhidayah selamat bernikah di Mekah

Anak kepada Timbalan Perdana Menteri, Datuk Nurulhidayah Ahmad Zahid selamat melangsungkan perkahwinan dengan usahawan Datuk Saiful Nizam Mohd. Yusoff di Masjidilharam, Mekah sebentar tadi.

Anak TPM, Datuk Nurulhidayah selamat bernikah di Mekah

Anak TPM, Datuk Nurulhidayah selamat bernikah di Mekah

Nurul yang merupakan pengacara rancangan bual bicara Assalamualaikum di TV Al Hijrah dan Saiful dinikahkan oleh bapa Nurul sendiri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi.

“Syukur pada Allah kerana segala yang dirancang berjalan lancar. Saya tidak mampu mengucapkan betapa gembira dan bersyukurnya kerana niat untuk mendirikan rumah tangga di masjid paling agung dimakbulkan oleh-Nya.

“Bahkan, saya juga tidak dapat menyembunyikan kegembiraan kerana ahli keluarga khususnya ibu bapa serta ahli keluarga dan kenalan terdekat turut bersama-sama meraikan hari bahagia saya,” kata Nurul kepada Utusan Online.

Pada majlis pernikahan di masjid teragung umat Islam itu, Nurul menerima sebentuk cincin serta sejumlah wang mas kahwin dan hantaran daripada suaminya.

Turut hadir pada majlis pernikahan itu ialah ibu Nurulhidayah, Datin Seri Hamidah Khamis dan pasangan suami isteri Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa dan Datuk Siti Nurhaliza.

Sumber: Utusan Online
Foto: Instagram @mahadidz & Utusan Online

Sumber: Astro Gempak

Loading...
Scroll to top