Baru Tunang Dah Dapat Honda Civic Kalau Kahwin Dapat Apa

hafiz-mahamad-syafiqah-aina.jpg

Kisah pasangan Hafiz Mahamad dan Syafiqah Aina bukanlah cerita baru. Episod cinta pasangan kekasih itu menjadi tumpuan setiap kali Hafiz membuat kejutan luar biasa. Tahun lalu, lelaki itu pernah mengejutkan kekasihnya menaiki kereta mewah limosin di sebuah hotel berprestij ketika sambutan hari jadi.

Terbaharu, Hafiz sekali lagi membuat kejutan kepada Syafiqah yang kini sudah bergelar tunangannya dengan menghadiahkan sebuah kereta Honda Civic sempena hari jadi ke-23.

You deserve all of this, after all my future wife. For accept me for who I am before and I’m going to give you the same amount of effort as you give me. . Honestly, surprise yang ni paling nervous. Nak prepare semua ni sampai susah nak tidur, and Alhamdulilah semua berjalan dengan lancar . Tak expect bila @syafiqahaina & @saiful.w menangis bila tengok full video . Watch Full Video : facebook ( Tengku Azri ) / : @tengku_dloven @valentinorudy_ @dlovenphotolover

A post shared by HafizMahamad (@hafizmahamad) on Jun 19, 2017 at 3:26am PDT

Di Twitter, kisah pasangan ini menjadi buah mulut netizen. Ada yang mempertikaikan pemberian itu malah ada yang mempersoalkan apresiasi pemuda itu kepada wanita yang masih belum ada ikatan sah.

Lebih menghiburkan, netizen tertanya-tanya apakah hadiah yang bakal diberikan Hafiz kepada Syafiqah apabila berkahwin kelak.

“Tak sabar nak tengok hantaran apa. Rumah kot. Tak dengki tapi mesti kena better than kereta untuk kahwinkan,” tulis @kokokainaluv.

Netizen juga sempat berseloroh. Kapal selam, kapal selam dan ‘geli-geli’ antara komen netizen yang mencuit hati.

hafiz1.jpg

hafiz3.jpg

hafiz2.jpg

Bagaimanapun, netizen masih tercari-cari latar belakang dan kerjaya sebenar Hafiz hingga sanggup melimpahkan kemewahan luar biasa kepada pasangannya..

Sumber: sehinggit

Scroll to top