Bekas Anggota Tentera Ini Bertukar Menjadi Wanita Setelah Bosan Menjadi Lelaki

Sekiranya anda melihat Sona Avedian untuk kali pertamanya, pastinya anda tidak akan menjangka bahawa beliau sebenarnya pernah menjadi lelaki untuk bertahun-tahun lamanya, sebelum mengambil keputusan untuk ‘berhijrah’ menjadi seorang wanita.

Sebelum bertukar jantina, Sona yang dikenali sebagai Matthew Avedian ini merupakan seorang anggota pasukan Marin di Amerika Syarikat.

Meskipun hidup sebagai seorang lelaki yang normal dan pernah berkahwin dengan seorang wanita, Matthew tidak pernah merasakan bahawa lelaki merupakan jantina beliau yang tepat dan sering merasakan tidak selesa dilahirkan sebagai lelaki sejak berusia seawal empat tahun lagi.

Sebagai seorang anggota Marin, Matthew pernah berkhidmat di dalam enam buah peperangan di Iraq dan Afganistan dan dikenali sebagai seorang anggota Marin yang tegap dan kuat dengan berat badan seberat 107 kg.

Namun pada tahun 2012, Matthew akhirnya telah bernekad untuk mengubah haluan dan ‘kembali ke fitrah’ asalnya kepada seorang perempuan. Beliau kemudiannya bercerai secara rasmi dengan isterinya pada tahun 2012.

Scroll to top