Biar Altimet Tunjukkan Jalan Pulang Ke Kampung Dengan Waze

Biar Altimet Tunjukkan Jalan Pulang Ke Kampung Dengan Waze

Gambar: The Daily Seni

Jika sebelum ini Waze pernah menggunakan suara navigasi selebriti popular Malaysia seperti Yuna, aplikasi penunjuk jalan popular dalam kalangan rakyat Malaysia, Waze dan Liberty Insurance Malaysia kini memperkenalkan seorang lagi penyanyi rap popular Malaysia sebagai suara baru yang akan memandu anda semua pulang beraya di kampung, Altimet.

Bercirikan dwibahasa, anda kini boleh menggunakan suara Altimet dengan pergi ke halaman tetapan > Voice Directions > Altimet dan Altimet bersedia untuk menunjukkan arah anda pulang ke kampung. Disamping itu, perkataan popular dari lagu-lagu Altimet juga akan disertakan sekali dalam navigasi dan tidak terkecuali, sebutan jenama Liberty Malaysia. Tak dapat bayangkan bagaimana suara Altimet memandu arah anda nanti, tonton video ini.

Scroll to top