Buat Rakit Sendiri Dan Tanpa Alat Bantuan Lengkap, Abang Dan Adik Nekad Bergilir-Gilir Selam Untuk Cari Taufik


Untuk mencari adik kesayangannya yang dihanyutkan arus deras banjir kilat di Hulu Langat petang Jumaat lalu, Khaidirratul Alias, 28, dan adik berdiknya sanggup membina rakit sendiri dan menyelam sehingga menjumpai mayat.

Menurut Khaidirratul yang merupakan abang sulung berkata, dia bersama dua adik, Mustakim Alias, 26, dan Khusairy Alias, 20, disertai empat lagi rakan membina rakit sendiri bagi mencari Taufik yang hilang dalam sungai berhampiran Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Dusun Tua, Hulu Langat.

“Kami menyelam dengan membawa rakit yang dibina menggunakan pelampung untuk mencari Taufik di dasar sungai bermula 12 tengah hari (semalam).

“Kami bertukar giliran menyelam (dengan hanya menggunakan gogal) dan berehat di atas rakit dan selepas 30 minit, akhirnya menemui mayat Taufik tersangkut pada pohon kayu dengan kepalanya tenggelam dalam air manakala kakinya terapung," katanya dipetik laporan Bernama.



Khaidirratul, selepas menemui adiknya yang sudah tiga hari hilang itu mereka segera membawa naik mayat Taufik yang ditemui di Sungai Tanjung Niah, Hulu Langat menggunakan rakit sebelum dilaporkan kepada pihak polis.

Mayat Taufik, anak ketiga daripada lima beradik itu kemudian dibawa ke Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM) sebelum dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Impian Langat malam tadi.

Sebelum ini tular sebuah rakaman video berdurasi 44 saat di media sosial di mana menunjukkan Taufiq \ sedang terkapai-kapai dihanyutkan arus deras banjir kilat ke arah Sungai Serai, sambil penduduk menjerit dan mengarahkannya menuju ke tebing sungai.

Ketika kejadian Taufik sedang dalam perjalanan pulang ke rumahnya di Kampung Dusun Nanding selepas pulang dari kerja di kebun milik keluarganya di Sungai Lui untuk berbuka puasa.

Dia yang merupakan seorang Orang Kurang Upaya (OKU) mengalami masalah melibatkan mental dan kekurangan fizikal selepas terlibat dalam kemalangan jalanraya tujuh tahun lalu.
Khaidirratul berkata, mereka nekad menyelam mencari Taufik pada hari ketiga berikutan usaha mencari yang dilakukan mereka melalui jalan darat tidak berjaya.

Menurut ayah arwah, anaknya Alias Sagi, anaknya itu telah cuba diselamatkan namun tidak berjaya kerana seluarnya tersangkut pada motosikal yang sedang dihanyutkan. - Siakapkeli.my

BACA: (VIDEO) "Taufiq Bukan Cuba Selamatkan Motor," Bapa Sangkal Tuduhan Dan Cerita Apa Sebenarnya Terjadi Kepada Anaknya

Scroll to top