Cerita Aku Naik Bas Express

Cerita Aku Naik Bas Express

Assalamualaikum dan salam 10akhir Ramadhan. Namaku aina dan aku nak kongsi pengalaman yang aku alami atau mungkin bakal dialami oleh kamu-kamu dalam beberapa hari lagi hehe. Pengalaman menaiki bas ekspres tajuk diberi. Ya, sesetengah orang mungkin rasa seronok naik bas, tak payah drive, rilek ja pejam mata tup-tup sampai, tapi bagi aku ya ampun,stress, tak seronok, menyampah terutama kalau terpaksa hadap dengan beberapa golongan ini. (Tak de unsur perkauman pun tau, tapi ini berdasarkan pengalaman aku) Mereka ialah :-

GOLONGAN HAK BADAN BERBAU.

Ya, golongan yang badan mereka kuat sangat mengeluarkan bau terbahagi kepada empat. Yang pertama bangladesh, kedua india, ketiga arabic dan keempat lain-lain bangsa termasuk melayu cina dan sebagainya lah. Kebanyakan mereka ni biasanya berkulit gelap dan herannya pagi-pagi lagi oihh dah berbau. Pkul 9 pagi bas sampai, naik je diorang ni, terus terhidu satu bau yang masam2 hapak2 tu.. Busuk tau dakkkk! Dalam kepala duk fikir diorang ni mandi ke tidok? Kalau mandi, sabun ke x? Kalau mandi dan bersabun aku rasa xlah kuat sangat bau nya. Ni sampai satu bas bau. Kau rase? Bau bas pun dah rase nk pening inikan lagi ditambah dengan bau masam peluh manusia. Haritu ada la sorang mamat ni, uihh segak, pakai kemeja putih hak ketat muat muat badan je, tunjuk badan sado. Sekali dia naik bas, zuppp satu bas berbau aneh. Yang aku geram, dia boleh pulak angkat tangan dia letak belakang kepala so ketiak dia bebas mengeluarkan bau busuk sampai aku hampir nk termuntah. Waktu tu nak marah pun ado, tapi apakan daya, aku cekal dan tabah sambal tutup hidung paksa diri untuk lelap. So kat sini aku nak pesan kepada kamu-kamu yang rase badan tu berbau, tolong lah mandi betul2, dan bersabun. Kalau boleh kau gunalah span mandi dan gonyoh2 siket badan tu. Gunalah jugak sabun yang boleh mengurangkan bau badan contohnya seperti Dettol hak cool tu, xpun guna shkubutsu orange dan kalau tak mampu, gunalah sabun mayat atau sabun cap burung hak kaler hijau tu. InsyaAllah aman la siket badan tu, kita selesa orang lain gembira. Gituuu.

GOLONGAN HAK BERCAKAP KUAT

Golongan ini terbahagi kepada 3. Ranking pertama kaum cina, kedua bangladesh, ketiga lain-lain bangsa termasuk melayu, india dan sebagainya. Aku heran la diorang ni, sembang kuat satu bas dengar umpama bas tu dia yang punya. Kalau cina, bila dia ada geng, dari TBS sampai IPOH tak habis2 sembang, cocecoce wo ai ni, ni ho ma, luklukme, pening aku dengor. Nak tidur pon xleh. Langsung tak dulik kat orang lain. Time diorang tidur je baru lah aman boleh tidur, kalau tak, asal nk lelap je kau terjaga balik dengar dia duk sembang. Satu lagi Bangladesh, dari Butterworth sampai TBS, tak henti2 call orang, lagak macam bos tau! Call tu satu bas boleh dengar dia sembang, aku dalam hati duk doa je Ya Allah cepatlah habiskan Kredit dia, kalau la unlimited call, cepatkan habiskan battery hp dia, kalau dia ada powerbank, kau hangkan lah hp dia, xleh On sampailah TBS. stress tau dak, dah la pening kpala naik bas, dia pulak duk sembang kencang kalah menteri macam seluruh Malaysia kena tahu dia ni tengah naik bas. Benci I tau.

GOLONGAN HAK SILAP SEAT.

Aku pernah hadap sorang sis ni, masa tu kami sama-sama baru naik bas, Aku pun terus lah cri seat aku. Duduk je terus tengok mama kat luar, nak babai2 nk bagi flying kiss. Yalah nak g jauh ni, tapi ada sis ni, tiba2 mai kat aku tadak salam apa duk kata awak duk seat sy ni. Ni seat sy. Dengan muka berang nak marah tu. Aku pun serba salah, takut pun ado dan cakap, ye ke? Sorry2 dan terus cek balik no seat, eh btol dah ni tempat sy. Tapi still xpuas hati lagi duk pandang aku tajam je. Lepas tu ada lah sorang bro ni duk sebelah aku tnya dia, akak seat no berapa? Dia pun cakap 38A (contohnya lah). Bro tu pun bagitau lah, seat akak depan tu hah. Uihh sis tu pun kalut terus pi duk depan tanpa cakap sorry ke ape. Bro tu pun bebel la, tibe2 je serang orang, aku sengeh je hehe sambal ckp tq dan terus pi babai2 mama sambal menangis dalam hati sebab nk tinggalkan kampung halaman.

GOLONGAN TAK TEPATI MASA

Yang ini biasanya geng kapel2, tak kiralah hak dah kawen atau pun tak. Kalau dah cakap kita benti 45minit utk solat dan makan, mereka ni dah lepas satu jam tak muncul2 lagi. Driver bas dah kemain hon2 nasib tak tinggal ja depa ni, tapi depa ni slow2 duk sengeh2 sesama mereka, dah la xckp sorry ke apa muka tak tau malu terus naik dan duduk. Aku masa tu kecik beso kecik beso je tgk diorang ni.

..

KESIMPULANYA, lagi jauh perjalanan, lagi banyak pengalaman. Kau akan jumpa macam2 jenis orang. Kalau nasib xbaik, dapat package jumpa dua golongan, golongan bau busuk dan cakap kuat umpama bas dia yang punya. Masa ni hanya tuhan yang tau betapa kau berusaha untuk bersabar dan kuat menghadapi cobaan itu. Satu lagi aku nak pesan, kalau naik bas pilih lah bas yang femes semua orang tau dan kenal bas itu contohnya PLUSLINER, SANI, TRANS, CEPAT atau len2. Jangan lah naik bas hak pelik2 pasal diorang ni ikut suka je nak berenti rehat lama mana. Kadang2 tak berenti pun utk solat. Ada jugak hak siap tunggu bas member diorang sebab nak saing sampai sekali. Masa tu hanya Tuhan yang tahu sakitnya hati ni sebab perjalanan sepatutnya 5jam sampai jadi 7jam. Kalau bas yang femes, dia macam ada polisi diorang, setengah jam berenti dekat RNR sekian2 untuk rehat dn solat. Kalau bulan puasa ni, diorang akan gitau siap2 kita akan berbuka dekat mana2 pkul berapa semua kena ada dalam bas dan bertolak jam berapa. Kira macam sistematik lah. Berbeza dengan bas hak pelik2. Huhu. So sampai sini je aina nak kongsi, apa2 pun selamat pulang ke kampung, halaman,semoga selamat sampai ke destinasi, selamat berpuasa & selamat hari raya korangs!!

Sis Cekal & Tabah

Sumber & Kredit: iiumc

Scroll to top