FGV: Isa Samad, isteri akan dipanggil SPRM - Azam Baki

KUALA LUMPUR: Bekas Pengerusi Felda Global Ventures Holdings Berhad (FGV) Tan Sri Mohd Isa Samad dan isteri akan dipanggil Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk dirakam keterangan.

Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM, Datuk Azam Baki ketika dihubungi mengesahkan pihaknya akan memanggil Mohd Isa tidak lama lagi, namun tidak memberi jangka masa tertentu.

"Kita akan panggil untuk dia (Mohd Isa dan isteri) beri penjelasan berhubung siasatan yang sedang dijalankan dalam masa terdekat," katanya.

Bagaimanapun, Astro AWANI difahamkan Mohd Isa dan isterinya akan dipanggil ke pejabat SPRM Putrajaya jam 10 pagi esok.

Ia susulan 50 individu lain yang disenaraikan sebagai saksi yang telah dipanggil SPRM untuk tindakan selanjutnya.

SPRM sebelum ini menegaskan akan meneruskan siasatan terhadap FGV meskipun berlaku perubahan dalam pengurusan tertinggi syarikat itu.

Semalam, Lembaga Felda Global Ventures Holdings Berhad mengesahkan peletakan jawatan Mohd Isa daripada jawatan Pengerusi FGVH, dalam anak syarikat, syarikat bersekutu dan syarikat usaha sama.

Scroll to top