Gadis Ini Bertarung Kanser Thyroid Selama 2 Tahun Alhamdulilah Kini Sembuh Setelah Amal Surah AlFil Sebagai Penawar

17883744_792886380864523_894939107014433

Mengikut perkongsian seorang gadis di Facebook, Amy Shuai, yang merupakan bekas pesakit Thyroid Cancer Stage 1. Kini, dia disahkan bebas daripada kanser sekitar bulan Mac 2017 yang lalu atas izin Allah Taala selepas bertarung selama hampir 2 tahun.

Setiap penyakit ada ubatnya kecuali mati. Namun, tahukah anda terdapat satu surah di dalam Al-Quran yang mampu menghancurkan sel-sel kanser?

Katanya lagi, ilmu ini ingin dikongsi melalui tulisan saudara Raflis Sabirin. Beliau telah berkongsi pengalaman merawat kanser selama 27 tahun dengan menggunakan ayat-ayat al-Quran, terutama dari surah Al-Fil sebagai alternatif selain mendapat rawatan utama daripada pihak doktor.

Cara menghancurkan dan melenyapkan kanser

1. Selepas solat lima waktu, bacalah surah A-Fatihah sekali, diikuti surah Al-Ikhlas dan selawat ke atas nabi sebanyak tiga kali lalu teruskan membaca surah Al-Fil 21 kali.

2. Setiap kali baca surah Al-FIl, tiup dan hembuskan pada tempat penyakit kanser tersebut.

3. Setiap kali menghembuskan nafas itu, hendaklah ingat niat dalam hati, supaya Allah hancur lenyapkan penyakit kanser tersebut.

(Sebagaimana hancur dan lenyapnya pasukan tentera bergajah seperti dalam ayat terakhir surah Al-Fil itu.)

– Lakukan 21 kali baca dan tiup. Buat selama 21 hari selepas solat lima waktu.

– Sekiranya penyakit kanser itu berada dalam organ badan seperti usus, limpa, buah pinggang dan di dalam kepala, caranya juga seperti di atas. Cuma tambahannya hendaklah menarik nafas perlahan-lahan seakan-akan kita memasukkan amalan surah itu ke dalam tubuh, terutamanya tempat kanser tersebut.

Lakukan dengan penuh yakin dan sabar. Perlu juga anda ingat, yang menyembuhkan ialah Allah SWT. Ayat al-Quran tersebut hanya sebagai asbab untuk mencapai maksud.

Semoga bermanfaat.

-Pen Merah Press

Sumber: penmerahpress

Scroll to top