Gambaran Kesan Melecur Di Badan Arwah Zulfarhan Osman Zulkarnain

Laporan hasil bedah siasat memenunjukkan arwah Zulfarhan mengalami kesan lecur terbakar di seluruh badan bahagian hadapan, tangan kanan dan kiri, bahagian kemaluan, kedua-dua belah kaki depan dan belakang badan yang didakwa menggunakan seterika wap. Punca kematian arwah dilaporkan berpunca daripada 80% kesan lecur tahap dua dan tiga.

Gambaran kesan melecur di badan Arwah Zulfarhan Osman Zulkarnain..

Bedah siasat pada jasad Zulfarhan menunjukkan dia memiliki kesan melecur tahap dua dan tiga pada 80 peratus tubuhnya, manakala rusuk kirinya patah.

Kesan melecur dengan corak seterika wap ini didapati pada keseluruhan tubuhnya, termasuk di alat sulit.

Gambar kedua Dan ketiga adalah gambaran kesan melecur tahap 2 dan 3


Kematian kesan lecur tahap ketiga bukanlah disebabkan arwah tidak dapat menahan sakit terbakar. Tetapi, kesan lecur tahap ketiga membawa maksud bahawa lapisan kulit sudah tiada akibat kesan terbakar dan saraf-saraf yang mengenalpasti rasa sakit yang berada di bawah kulit sudah tiada lagi untuk mengesan rasa sakit.

Kematian kesan lecur tahap ketiga adalah disebabkan kehilangan cecair dalam badan daripada salur-salur yang sudah rosak. Ini menyebabkan badan mudah terkena kejutan dan jangkitan kuman memandangkan lapisan kulit yang bertindak sebagai pelindung sudah tiada. Kejutan dan jangkitan kuman akhirnya boleh menyebabkan kerosakan organ-organ dalaman yang lain di dalam badan.

Pesakit yang mengalami tahap lecur yang sedemikian rupa sepatutnya dibawa ke hospital segera untuk mendapatkan rawatan doktor. Tetapi tindakan suspek-suspek yang melambat-lambatkan penghantaran arwah ke hospital membawa kepada kematian arwah.

Scroll to top