Grab vs Uber vs teksi: Kajian ini dedahkan tambang mana paling murah

uber vs grab vs teksi tambang mana paling murah

uber vs grab vs teksi tambang mana paling murah

Kredit foto: The Sun, Uber & Grab 

Kalau dulu, ramai yang terpaksa beratur panjang dan tunggu lama semata-mata untuk mendapatkan perkhidmatan teksi. Terima kasih atas perkembangan teknologi serta kewujudan telefon pintar, segalanya kini berada di hujung jari anda untuk pergi ke mana sahaja. Seperti negara lain, Malaysia juga tidak ketinggalan memperkenalkan aplikasi pengangkutan Grab dan Uber.
Bagaimanapun, para pemandu teksi membantah kewujudan Grab dan Uber yang dikatakan menutup periuk nasi mereka. Hakikatnya, semakin ramai pengguna lebih gemar menggunakan aplikasi pengangkutan berbanding teksi kerana tambangnya yang lebih murah berserta promosi diskaun yang giat diadakan.

Oleh yang demikian, industri aplikasi pengangkutan ini dijangkakan berkembang pantas dalam beberapa tahun yang akan datang. Sebagai pengguna, sudah tentu anda mahukan servis pengangkutan yang bukan sahaja selesa tetapi menawarkan harga yang berpatutan.
Suatu kajian baru-baru ini telah dijalankan oleh laman web iPrice yang melibatkan negara-negara utama Asia Tenggara bagi mendedahkan servis pengangkutan mana satu menawarkan harga paling murah.
Kajian tersebut dilakukan terhadap dua syarikat gergasi aplikasi pengangkutan, Grab dan Uber, serta teksi tempatan berdasarkan pelbagai komponen dan bentuk harga.

perbandingan harga uber grab dan teksi

Kredit foto: iPrice.my  

Berdasarkan hasil kajian berkenaan, dapat disimpulkan bahawa servis aplikasi pengangkutan adalah lebih murah berbanding teksi di kesemua enam negara terlibat. Di negara kita, Uber menawarkan tambang paling murah untuk jarak perjalanan yang jauh (20km) manakala Grab pula sedikit murah untuk jarak perjalanan yang lebih dekat (5km).
Contohnya, ketika waktu biasa di pusat bandar dengan purata masa 16 minit perjalanan bagi jarak 5km, tambang dikenakan untuk Grab ialah sebanyak RM8 dan RM8.40 untuk Uber. Manakala caj bagi teksi biasa pula ialah RM10.20 bagi perjalanan yang sama. Sebaliknya, Uber lebih menjimatkan jika destinasi yang ingin ditujui anda jauh. Bagi perjalanan 20km, penumpang Uber dikenakan kos sebanyak RM22.70, manakala Grab sebanyak RM28.90 dan RM27.10 untuk teksi biasa.
Namun, di negara-negara lain, hanya satu aplikasi pengangkutan yang menawarkan kadar harga yang lebih unggul berbanding pesaing. Misalnya di Indonesia, Thailand dan Vietnam, Uber paling murah untuk perjalanan yang dekat dan jauh. Sementara itu, Grab dilihat sebagai pilihan yang lebih murah untuk jarak yang dekat atau jauh di negara Singapura dan FIlipina.
Rujukan : rojakdaily.com

Scroll to top