Guru Praktikal

Guru Praktikal

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Aku terpanggil untuk menulis confession ni sebab aku tak nak ada yang terkena macam aku dan kawan-kawan aku yang lain lagi.

Bukan niat nak memburukkan, tapi terpaksa muntahkan supaya semua guru praktikal berhati-hati.

Aku tak kan bercerita banyak. Sebab kalau aku cerita semua, korang akan penat baca sebab terlalu banyak perkara yang berlaku.

Jadi aku highlight benda-benda penting sahaja.

PERTAMA

Jangan sekali-kali percaya sesiapa pun terutamanya rakan-rakan yang praktikal bersama kamu, apatah lagi guru-guru tetap di sekolah tempat kamu ditempatkan. Bukan tak boleh percaya langsung. Tapi, ayat yang lebih sesuai mungkin BERHATI-HATI.

Perlu untuk kamu tahu. Apabila kamu ditempatkan di sekolah bersama rakan yang lain, akan ada dalam kalangan rakan praktikal kamu itu yang mempunyai niat buruk terhadap kamu dan ingin menunjukkan bahawa dia sahaja yang bagus tetapi dengan cara yang salah.

Cara yg bagaimana?

Dengan cara menjatuhkan rakan yang lain supaya diri dia sahaja yang nampak hebat dimata guru-guru lain.
Bukan itu sahaja. Agak menyedihkan jika dia bertindak keterlaluan dengan menfitnah dan menjaja keburukan kamu pada guru-guru tetap yang lain sehingga kamu dipandang serong.

Tolong sentiasa berhati-hati dan ingat. Jangan membincangkan apa pun perkara tentang sekolah mahupun guru-guru yang lain. Kerana akan ada rakan praktikal kamu yg dalam senyap sedang bersedia untuk memutar 360 darjah cerita dan menjadikan itu sebagai peluru yg akan menembak diri kamu sendiri.

Walaupun jika kamu tidak mengata sesiapa, jangan kamu sangka xkan ada orang yang tidak akan mengata kamu.

Kdg2 kita sangka bila kita buat baik dengan org, org akan balas yang sama pada kita. Tp jgn sekali-kali kita bersangka begitu. Sebab buat lah baik mcm mana pun, orang kalau dah x suka, dia akan cari salah kita. Dengan cara apa sekalipun. Cara paling pantas dan mudah adalah dengan MENFITNAH.

Kamu perlu bersedia bahawa kemungkinan besar anda akan bertemu dengan rakan sepraktikal sebegini.

KEDUA.

Jangan sekali-kali percaya pada orang lain walaupun pada awal kehadiran kamu dia senyum sampai ke telinga.

Kerana apa?
Kerana dia sedang bersedia memerhati segala tindak tanduk kamu untuk dijadikan bahan umpatan.

Maaf. Ini hakikat.
Ada yang memang sgt baik dan tidak akan menghiraukan apa sahaja gosip yang bertebaran.

Namun perlu diingatkan. Majoriti mereka adalah wanita. Sifat iri hati dan suka bergosip pasti ada dalam diri mereka. Aku tegaskan. BUKAN SEMUA.

Namun, KEBANYAKANNYA.
Ditakdirkan aku ditempat di sebuah sekolah yang kebanyakan gurunya adalah guru yang muda dan berumur dalam lingkungan 40 tahun ke bawah.

Sebagai guru praktikal. Kamu perlu bersedia bahawa kamu akan dipandang sinis dan menjadi bahan gosip apabila kamu cuba melakukan yang terbaik, memberi layanan yang baik kepada pelajar. Kerana mereka akan katakan kamu BERLAGAK BAIK. Mereka tidak akan menganggap kamu ikhlas. Kebaikan kamu akan disalah erti. Kamu perlu terima hakikat itu.

Memang ada keburukan apabila terlalu baik dengan pelajar. Tetapi apa yang aku lihat di sudut aku adalah banyak kepada kelebihan.

Apabila kita baik dengan pelajar, mereka akan minat untuk belajar. Sifat empathy perlu ada dalam diri guru. Aku kadang-kadang sedih. Kerana kebaikan aku dan rakan-rakan praktikal yang lain terhadap pelajar menjadikan guru-guru tetap memandang serong kepada kami.

Ingin sekali aku bertanya.
Salahkah?

Jujur dari sudut hati kami. Kami hanya ingin memberi semangat kepada pelajar untuk minat terhadap pelajaran. Maaf aku katakan. Aku dan rakan-rakan yang lain cukup sedih dan terkilan. Adakalanya kami merasakn ini umpama diskriminasi terhadap guru praktikal.

Sedangkan. Kita dahulu ketika bergelar pelajar, kita juga seronok disayangi guru. Pada pandangan aku, guru perlu mempunyai sifat kasih sayang dan dalam masa yang sama tegas itu juga perlu ada. Supaya pelajar menghormati kita.

KETIGA.

Jika kamu mempunyai niat untuk melakukan yang terbaik ketika praktikal. Ye. Kamu boleh melakukannya. TETAPI. Kamu perlu tahu. Terbaik dari pandangan kita, adalah Terburuk di pandangan guru lain. Kerana apa? Apabila kamu terlalu rajin, kamu akn dicop sebagai TUNJUK BAGUS. Apabila kamu malas, kamu akn dicop sebagai PEMALAS.

Mesti tertanya kan. Habis tu nak buat apa?
Buat jelah apa yang kamu rasa patut. Dah mereka nak kutuk. Kutuk jelah. Tiada apa yang kita boleh ubah pun tntg pandangan mereka.

Dalam hidup ni. Bukan semua orang akan suka kita. Buat lah baik macam mana pun, yang orang pandang pada kita hanyalah keburukan.

Jadi, jangan harapkan pujian org. Jangan harapkan pandangan baik org. Kerana kita tak akan dapat. Tapi ikhlaskan hati kita dan yakinlah, bahawa walaupun manusia memandang serong terhadap kebaikan kita, Allah pula sedang menghitungnya untuk memberi kita ganjaran pahala. Aminn ya Rabb.

Bersabarlah apabila diuji. Kerana sesungguhnya nawaitu kita, kesungguhan dan keikhlasan kita, hanya Allah yang layak menilainya.

Manusia mmg suka menghukum. Lebih menyedihkan apabila menghukum dengan mendengar dari mulut ke mulut. Bukan menilai dengan mata hati sendiri.

Guru, jika ingin dirimu dihormati anak muridmu. Didiklah hati kita untuk menghormati orang lain.

Mungkin aku tidak layak memberi nasihat kerana aku hanyalah GURU PRAKTIKAL.

Bekas Cikgu Praktikal

Sumber & Kredit: iiumc

Scroll to top