Habuk Takkan Melekat Kalau Bersih Kipas Guna Cara Ni, Tak Perlulah Nak kena Cuci Selalu!

Habuk Takkan Melekat Kalau Bersih Kipas Guna Cara Ni, Tak Perlulah Nak kena Cuci Selalu!

Dah nak raya ni, macam-macam yang nak kena dibersihkan. Salah satunya ialah kipas.

Kipas bila kerap digunakan sepanjang hari akan menyebabkan banyak habuk dan debu mudah melekat. Angin  kipas pun rasa kurang.

Kita pula bukanlah banyak masa dan rajin sangat nak mencuci kipas selalu, sementelah nak mencucinya pula agak renyah. Kena buka satu persatu bahagian, jejaringnya juga perlu dibersihkan sempurna.Betul tak?

Mak-mak tak perlu risau,kami kongsikan cara mudah dan paling senang untuk elak habuk melekat sekaligus, tak perlulah nak kena cuci kipas selalu.

Bahan-Bahan:

1 penutup Cecair Pelembut Pakaian

Span

Cara-Caranya:

Basuh kipas terlebih dahulu sehingga bersih dan tiada habuk.

Tuangkan pelembut pakaian dalam penutup botol dan jangan campurkan dengan air.

Celup span ke dalam cecair pelembut tersebut dan sapu pada permukaan dan jarring-jaring kipas.

Biarkan selama 5 minit dan bilas dengan air.

Lap dan pasang kipas seperti biasa kembali.

Selamat Mencuba!

Scroll to top