Jenayah Kebencian, Gadis Muslim Mati Dibunuh Di AS

SEORANG remaja Islam warga Amerika Syarikat menjadi mangsa kekejaman jenayah kebencian terbaharu di Virginia apabila dia diculik dan dipukul hingga mati.

Nabra Hassanen, 17, ditemui mati di sebuah kolam di Sterling selepas dilaporkan meninggalkan masjid Virginia, Ahad lalu.

Kejadian dikatakan berlaku apabila mangsa dan beberapa orang rakannya dalam perjalanan pulang ke rumah sebelum bertembung dengan seorang pemandu yang melalui jalan tersebut.

Pemandu tersebut bertindak keluar dari kereta dan terus memukul Nabra yang tidak sempat menyelamatkan diri.

Susulan itu, pihak polis telah menahan seorang lelaki Darwin Martinez Torres, 22, yang disyaki membunuh mangsa.

Suspek ditahan atas tuduhan membunuh dan polis menolak motif serangan bersifatkan jenayah kebencian terhadap umat Islam.

Namun begitu bapa Nabra, Mohmoud Hassanen percaya suspek bertindak membunuh anaknya disebabkan perasan benci terhadap umat Islam.

“Saya percaya dia sengaja melakukan jenayah itu. Bila dia didakwa di mahkamah nanti saya nak tengok dia betul-betul dan tanya kenapa dia tergamak bunuh anak saya?” katanya memetik The Guardian.MYNEWSHUB.CC

Loading...

Scroll to top