Jijiknya Aku Tangan Yang Membesarkan Anak Kini Bergelar Suamimu Menantuku ! Sampai Hati ..

Seorang wanita tua yang berjemaah solat bersama saya, berbual selepas solat ketika saya berada di motosikal, untuk balik. Saya bertanya tentang sambutan raya yang baru berlalu dan hal anak tunggalnya. Air mukanya terus berubah.


“Dia sampai kampung pagi raya, dengan anak dan isterinya. Katanya bila cuti, jalan tak jem. Tak apalah, asalkan dia balik.
“Petang raya, dia kata nak pergi ke rumah mentua di Kampung Tongplu, Pedu, dan tidur di sana. Saya tak kata apa. Tetapi semasa mereka nak naik kereta, cucu saya bertanya pada ibunya, ‘kita nak tidur di hotel semalam ke?’.
“Ibu dan bapa dia diam sahaja. Tetapi saya sempat melihat menantu saya membeliakkan mata pada anaknya,” katanya lalu mtunduk dan mula mengesat air matanya dengan hujung telekong yang masih dipakai.
Saya faham, anak dia sebenarnya bermalam di hotel dan pagi itu baru pulang ke rumah orang tuanya. Kes pecah tembelang.

“Hinanya kami ibu bapa dia. Bapa yang membesarkan dia, yang mendodoikan dia dalam kain sentung, menepuk hingga lena dalam kelambu, takut digigit nyamuk.
“Hinanya ibu dia yang dia gonggong susunya sehingga bertahun, disuap nasi sehingga membesar. Hinakah kami yang beri dia sekolah dengan hasil titik peluh kami.
“Saya tahu mereka jijik melihat dapur saya, jijik dengan bilik air dan jambannya, jijik dengan bilik tidur yang panas bertilam kabu. Tetapi mereka tidak sedar yang mereka membesar dengan keadaan itu. Hari ini mereka pandang jijik. Itu sebab mereka tidak mahu tidur di rumah ibu bapa sendiri, sebaliknya tidur di hotel.
“Bukannya tak ada tempat di rumah itu, kerana dia anak tunggal. Tergamaknya dia,” kesedihannya semakin berlarutan.

Tidak salah tidur di hotel atau homestay jika keadaan rumah tidak muat kerana ramai atau kerana mahu menjaga aurat. Mohon izin dengan baik dari ibu bapa dan jelaskan agar mereka memahami. Mereka sudah tentu akan memahmi.
Menipu itu ibarat bangkai, yang amat mudah tercium bau busuknya. Apa lagi bila Allah hendak membukanya. Bertindaklah dengan rasional. Ibu bapa itu keutamaan. Ingat, suatu hari nanti kita juga akan berada di situasi mereka.

Sumber: Abdul Ghani Haron

Scroll to top