Kamal tunggu "greenlight" dari bapa emma dan berharap ini tahun akhir beraya sebagai "bujang",

Pelakon Kamal Adli merancang untuk menyambut Aidilfitri bersama kekasihnya Emma Maembong selain memakai baju tema sedondon berwarna ungu gelap.
Kamal berkata, terlebih dulu dia akan menyambut Syawal bersama keluarganya di kampung halaman di Jitra, Kedah.
“Selepas beraya di Jitra, selalunya kami sekeluarga akan bercuti di Langkawi pada hari raya kedua. Secara kebetulan adik saya sudah berkahwin dan kini menetap di sana,” katanya.
Menurut Kamal, dia akan berkunjung ke rumah Emma selepas kembali ke Kuala Lumpur nanti.
“Jika tidak pulang beraya di Terengganu, Emma akan bersama bapanya di rumah kakak sulung di Kuala Lumpur,” katanya.

Sumber: Harian Metro
Scroll to top