Kasihan.. Murid Luah Kesedihan Ditinggal Bapa Sejak Kecil

Loading...

Kongsikan Artikel Ini!!

shares

KHAS untuk sesetengah remaja di luar sana yang gemar memberontak terhadap ibu bapa, bawa-bawalah bersyukur jika dibandingkan dengan nasib seorang kanak-kanak berusia 9 tahun dari Perak ini.

Kasihan.. Murid Luah Kesedihan Ditinggal Bapa Sejak Kecil

Loading...

TIPS KESIHATAN

Kasihan.. Murid Luah Kesedihan Ditinggal Bapa Sejak Kecil

Pada usia mentah, adik Nurul Atirah tak mungkin mampu berbohong apabila meluahkan perasaan hatinya yang sedih atas kesusahan keluarga gara-gara manusia yang sepatutnya jadi tempat bergantung menghilangkan diri.

Dalam satu surat dipercayai kerja sekolah yang disuruh guru, murid tahun tiga ini menceritakan latar belakang keluarganya yang malang apabila ditinggalkan bapa manakala ibunya sering sakit membuatkan dia dan adiknya terpaksa dijaga atuk dan nenek mereka.

Walaupun bahasa digunakan tidaklah tersusun rapi sangat selayaknya dengan usia Nurul Atirah, dapat dikesan kesedihan yang ditanggung anak kecil ini apabila melihat di depan mata bagaimana ibunya dipukul bapanya hingga jatuh sakit dan bebanan keluarga menanggung dirinya apabila si bapa langsung tak memberi wang belanja.

Pada masa sama, dia masih menitipkan perasaan kasihan pada adiknya yang langsung tidak pernah melihat wajah bapa walaupun hakikatnya, Nurul Atirah sendiri tentu rindukan belaian seorang bapa seperti rakan-rakannya yang lain.

Berikut adalah kandungan surat tentang kisah latar belakang Nurul Atirah yang amat meruntun jiwa:

Assalamualaikum kawan-kawanku..

Ini cerita latar belakang diriku.
Nama aku Nurul Atirah bt Md.Norhaslain. Aku dilahirkan di Taiping Perak. Aku mempunyai seorang adik perempuan bernama Nurul Atikah. Nasib diriku tak seperti kawan-kawanku yang lain yang mempunyai mak dan ayah serta keluarga yang bahagia. Sejak umur aku 3 tahun, mak dan ayah aku telah berpisah. Semasa itu mak aku baru melahirkan adik aku.

Mak aku sakit teruk sebab ayah. Ayah selalu pukul mak aku masa mak aku mengandungkan adik aku. Sehingga sekarang ayah aku menghilangkan diri dan tidak memberi duit untuk makan minuman aku dan adik-adik. Mak pulak selalu sakit-sakit dan tidak boleh bekerja. Aku dan adik tinggal dengan opah tokwan sebab mak tak boleh kerja.

Ayah tak pernah datang melawat aku dan adik, mak bagitau ayah dah kahwin lain. Aku dan adik langsung tidak dapat kasih sayang ayah. Aku sedih sangat. Adik lagi kesian sebab langsung tak kenal siapa ayah kami. Aku mendapat berita ayah dah meninggal…

Sekian Terima Kasih.

Kasihan… apa pun sama-sama kita doakan semoga kesusahan yang ditanggung Nurul Atirah, ibu dan adiknya sekarang bakal digantikan Allah SWT dengan sinar kebahagiaan satu hari nanti.

Kongsikan Artikel Ini!!

shares

Scroll to top