Kekuatan Briged Al-Qassam Yang Menjadi Mimpi Ngeri Zionis Israel

Briged Al Qassam merupakan Sayap ketenteraan Hamas yang mempunyai seramai 40,000–50,000 ahli. Pertubuhan ini dinamakan bersempena nama Izz ad-Din al-Qassam yang merupakan seorang tokoh Arab yang memimpin penentangan terhadap organisasi Zionis, British dan Perancis di Levant pada 1920-an dan 1930-an.

Negara haram Israel yang kononnya diiktiraf sebagai negara yang mempunyai alat perang canggih dan antara negara mempunyai tentera terbaik di dunia serta mempunyai keanggotaan beratus ribu masih belum mampu menghancurkan pertahanan Briged Al-Qassam. Perlu diingat, Israel juga mendapat sokongan pada dari sekutu rapat mereka, Amerika Syarikat. Jika dinilai kekuatan ketenteraan dari luar, memang sangat ketara sekali perbezaannya!

Dengan usaha yang gigih diiringi impian untuk syahid di jalan Allah, anggota Briged Al-Qassam menunjukkan keberanian dan kepahlawanan yang membuatkan mereka menjadi mimpi buruk buat musuh-musuh islam khususnya Israel. Al-Qassam turut disenaraikan sebagai pertubuhan pengganas oleh Kesatuan Eropah, Amerika Syarikat, Australia, New Zealand, United Kingdom dan Mesir.

Berikut kami paparkan sebahagian contoh kehebatan Briged Al-Qassam dari segi ketenteraan yang dirakamkan dalam Perang Al-Asful pada tahun 2014 lalu.

1. Keberanian komando Al Qassam dalam strategi peperangan pelbagai





Punca kematian paling tinggi tentera Israel adalah kerana serangan darat Komando Al Qassam. Operasi dilaksanakan secara tersusun dan mesti dilakukan dalam tempoh sekitar dua minit untuk melakukan serangan hendap dan berundur semula ke terowong rahsia. Strategi yang hebat lain yang turut digunakan adalah perangkap samar yang mampu memusnahkan kereta kebal Israel menggunakan alat kawalan jauh.

2. Penubuhan Komando Amfibia Al Qassam





Walaupun Gaza sepenuhnya dikepung, namun ia tidak mematahkan kemaraan Al-Qassam. Buat pertama kali dalam sejarah, negara haram Israel mampu dimasuki menerusi jalan laut oleh skuad Komando Amfibia Al-Qassam yang sangat tidak disangka sekali oleh musuh. Mereka berjaya menceroboh ke kem tentera dan melaksanakan serangan darat secara berdepan.

3. Teknologi Roket R-160 yang mampu sasar jauh




Dalam peperangan lepas, Al-Qassam melancarkan roket barunya R-160 (Rantissi 160) yang mampu menjangkau sehingga 160km dan berjaya sampai sehingga ke Haifa, bahagian paling utara negara haram itu. Roket ini dinamakan bersempana Asy-Syahid Abdul Aziz Rantissi yang telah syahid pada tahun 2004 terkena tembakan peluru berpandu helikopter Apache Zionis Israel. Kekuatan roket ini telah menggemparkan rakyat Israel kerana tiada lagi penempatan aman buat mereka.

4. Senjata penembak tepat ‘GHOUL’ buatan sendiri




Sniper yang diberi gelaran Ghoul boleh mencapai jarak sejauh 2km sedangkan sniper biasa hanya mampu mencapai sejauh 1km sahaja. Senjata ini dikatakan mempunyai keupayaan teleskopik dan dinamakan sempena jurutera Al-Qassam bernama Adnan al-Ghoul yang telah terbunuh pada tahun 2004.

5. Roket yang mampu melepasi pertahanan Iron Dome





Semakin menonjol kelemahan Israel dan sekutu rapatnya, Amerika apabila sistem Iron Drome yang didakwa sebagai sistem pertahanan roket terbaik dunia yang mempunyai kadar kejayaan sebanyak 90% akhirnya kalah di tangan Briged Al Qassam. Menurut kajian, Iron Drone milik Israel hanya boleh mematahkan 30-40% serangan yang oleh roket Al-Qassam. Pihak Israel mengakui mereka hanya boleh mematahkan 8 daripada hampir 120 roket dalam masa 24 jam.

Kejayaan serangan Al Qassam telah membuatkan negara haram Israel panik. Penganalisis tentera Israel sendiri terpaksa mengakui kehebatan inovasi Al-Qassam yang berjaya membuat roket Jaabari 80 dengan teknologi yang boleh melepasi Iron Dome. Pergerakan roket ‪Jaabari 80 secara tidak teratur dan tidak tetap mengakibatkan sistem pertahanan Iron Dome tidak berjaya mengatasi serangan yang dilancarkan.

6. Pelancaran pesawat tanpa pemandu





Sekali lagi Israel dimalukan selepas Ababil, pesawat pertama tanpa pemandu kepunyaan Briged Al Qassam yang penuh dengan bahan letupan dilancarkan ke wilayah udara di tanah haram Israel. Ada beberapa jenis model yang dihasilkan yang antaranya adalah jenis A1A yang pertama sekali diciptakan, jenis A1B yang mampu melancarkan peluru berpandu dan jenis A1C yang mampu melancarkan serangan Kamikaze (meletup sendiri apabila melanggar sasaran).

Kekuatan yang ditunjukkan oleh Al-Qassam ketika perang Al-Asful Ma’kul lalu telah mengukuhkan semangat dan harapan umat Islam di seluruh dunia yang Palestin tidak akan berundur dan membiarkan Israel melakukan sewenang-wenangnya di tanah mereka. Malah, Al-Qassam menegaskan akan memberikan lebih banyak kejutan seandainya Israel tetap berdegil menindas penduduk Palestin.


Rasanya tidak salah jika kita anggap Briged Al-Qassam ibarat sebagai tentera Salahuddin Al-Ayyubi atau pasukan tentera Sultan Muhammad Al-Fateh pada era ini. Merekalah wira umat Islam pada hari ini.

Jom dengar ucapan tentera Al-Qassam yang dijamin mampu menggegarkan jiwa para pendengar!

Scroll to top