Kes Samun Dan Rogol - Suspek Melarikan Diri Dari Tahanan Polis Melalui Tandas IPD Klang


SHAH ALAM - Susulan kes isteri diacu pisau oleh lelaki yang dipercayai warga Indonesia sebelum merompak dan mencabul wanita berkenaan ketika suaminya tidur di ruang tamu di Kampung Rantau Panjang, seorang suspek yang ditahan telah melarikan diri daripada tahanan polis petang semalam.

Menurut laporan Berita Harian, lelaki yang berusia 27 tahun itu dilaporkan telah melarikan diri menerusi jeriji tingkap tandas di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Klang Utara pada jam 3 petang.

Menurut Ketua Polis Daerah Klang Utara Asisten Komisioner Yusoff Mamat berkata, suspek dikatakan pada mulanya berpura-pura untuk membuang air kecil dan meminta untuk pergi ke tandas dan kemudiannya mengopak jeriji besi tingkap tandas sebelum melarikan diri.

Siasatan awal mendapati suspek dikatakan mengikat seluarnya pada jeriji besi dan menariknya bagi membuka ruang untuknya melarikan diri dari pejabat Jabatan Siasatan Jenayah. Satu gerakan bagi mengesan dan memburu suspek telah pun dilancarkan, katanya.

Pihaknya turut menyeru orang ramai yang mengenali atau mempunyai maklumat tentang suspek diminta menghubungi pihak polis dengan segera.


Suspek disyaki terlibat dalam satu kes samun dan cabul yang berlaku pada 7 Jun lalu kira-kira jam 4 pagi bersama dua rakannya yang dipercaya telah memecah masuk ke rumah mangsa sebelum menyamun dan mencabul di Kampung Rantau Panjang.

Bertindak atas laporan, polis telah melakukan pencarian secara besar-besaran pada 13 Jun lalu serta berjaya menahan suspek di Plaza Tol Shapadu Toll Plaza.

Scroll to top