Kes Video Tular Pelajar Bertumbuk Disiasat Polis

BELUM lagi reda kes membabitkan mangsa buli yang meninggal dunia baru-baru ini, timbul pula satu lagi video dua pelajar sekolah bertumbuk yang tular di media sosial.

Menerusi perkongsian video berdurasi 1.15 saat itu memaparkan dua remaja yang dipercayai pelajar sekolah bertumbuk di sebuah taman permainan.

Pergaduhan dua remaja itu disaksikan sekumpulan pelajar sekolah yang bersorak seolah-olah memberikan sokongan namun tiada seorang pun membantu meleraian pergaduhan itu.

Video tersebut menjadi tular di laman sosial dan menimbulkan ketakutan netizen serta mahukan pihak berkuasa menjalankan siasatan sewajarnya.

Sementara itu, sebuah akhbar tempatan melaporkan polis sedang menyiasat satu rakaman video pergaduhan membabitkan dua remaja dipercayai pelajar sekolah menengah yang didakwa berlaku di Mantin, Negeri Sembilan yang tersebar di Facebook.

Ketua Polis Daerah Nilai, Superintendan Zaldino Zaludin, berkata pihaknya menjalankan siasatan lanjut termasuk kesahihan dakwaan kejadian itu membabitkan pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Mantin.

“Kita belum menerima laporan rasmi mengenai kejadian itu, namun siasatan sudah dimulakan sebaik menerima maklumat mengenainya.

“Kita juga akan berhubung dengan pihak sekolah untuk mengenal pasti identiti pelajar yang terbabit dalam kejadian itu,” katanya. -MYNEWSHUB.CC

Loading...

Scroll to top