Kita Tak Sempurna

Kita Tak Sempurna

Salam.

Nama aku FAY. Aku baru dua tahun menjadi seorang pensyarah di salah sebuah universiti awam di Malaysia. Universiti tempatvaku bekerja ni adalah universiti yang sama semasa aku menuntut untuk ijazah pertama 9tahun lepas.

Ada sedikit luahan yang aku rasa bersifat peribadi,ataupun lebih senang kata, pendapat peribadi aku tentang sikap para tenaga pengajar dan pensyarah terhadap pelajar dan staff .

Apa yang aku nak kongsikan ni tidak lah menuju kepada semua pensyarah dan tenanga pengajar di malaysia. Tetapi hanya berdasarkan pemerhatian aku sebagai salah seorang dari mereka ni.

1) Double Standard

Sepanjang aku siapkan tesis PhD aku di Bangkok, supervisor aku berasal dari New York. Dia selalu pesan kepada aku. Lepas graduate nanti, kalau dapat sambung jadi lecturer jangan pernah anggap diri aku dengan student adalah beza. Kamu dan student adalah sama. Itu pesan dia.

Aku macam pelik lah. Kenapa sama pula kan? So bila dah mengajar dua tahun ni, aku baru perasan apa yg supervisor aku maksudkan.

Sama dalam erti kata aku sebagai lecturer adalah cermin kepada student. Aku pernah dilatih untuk mengajar tahun akhir masa tiga minggu pertama masuk kerja. Masa tu aku kena bantu untuk tutorial sahaja. Dalam tutorial aku suka buat kerja kumpulan. Aku bagi tugasan ikut topik mingguan.

Satu hari tu, aku syok mengajar sampai aku rasa dalam diri aku bahawa aku je yg boleh berhujah pasal ni. Tiba-tiba seorang pelajar perempuan tanya soalan yanh buat aku tak boleh jawab. Soalan tu pula memang ada kaitan dengan topik tu. Bila aku terdiam, seorang lagi pelajar bagi pendapat tentang soalan tu. Then, seorang lago jawab dan menjadi satu perbincangan terbuka.

Aku pula? Terdiam. Duk main angguk-angguk. Sedangkan aku tak boleh hadam pun perbincangan mereka. Aku tanya lah masa nak habis tutoria tu,

Mana korang dapat isi-isi perbincangan ni semua?

Mereka jawab,

Paper luar negara banyak Dr siar pasal ni. Siap ada debate lagi kat tv diaorang

Aku rasa malu gila sebab mereka baca dan tonton media luar negara sedangkan aku baca paper pun scroll FB.

Itu satu hal, aku pernah dikritik masa kuliah. Seorang pelajar lelaki bangun dan bagitahi dia tak setuju dengan school of thought aku. Kata dia tak relevan dan hanyar bentuk teoritikal sahaja tanpa praktis. Dia kutuk habis habisan sampai aku rasa memang betul dia cakap.

Lepas tu, aku selalu akan buat perbandingan teori bila nak siapkan slide. To ensure semua content tu sesuai dengan konteks masa kini dan negara sekarang.

Semester lepas, lecturer sebelah bilik aku datang mengadu yg dia kena kutuk hebat di dalam penilaian subjek oleh kelas dia. Masa tu dia memang bengang. Dia siap kata lagi, baru je degree dah perasan bagus. Saya ni phd holder. Suka-suka kata kelas saya tak membantu mereka faham subjek ni???

Aku diam je, aku pun bagilah nasihat yg supervisor aku bagi masa kat Bangkok tu. Aku kata kat dia,

Kita ni cermin kepada student. Kalau kita kata A dia bagi kita B, at the first place saya rasa kita yg ada masalah sebenarnya

Then, tak memasal aku yg kena maki dengam dia. Tadah je lah telinga sebab dia jauh lebih tua pada aku.

2) KITA bekas student.

Satu benda yang saya paling tak suka dalam kalangan lecturer ni ialah sikap kutuk mengutuk dan cakap belakang tentang student.

Masa tak ada kelas, bawa gelas dan kug masing-masing pergi bilik geng masing-masing dan berborak. Mula-mula buka topik ringan lepastu topik lagha, sampai lah ke topik mengata orang sekeliling.

Masa mula kerja, aku selalu ikut lecturer yg senior-senior ni lunch sama-sama. Selalu pergi kawasan luar kampus, sebab universiti aku kerja ni tak banyak pilihan tempat makan. Selalu akan ke mall atau fast food.

Masa lunch sibuk duduk bergosip. Tak kira dan lecturer lelaki ke perempuan ke. Sama sahaja. 25. Sama-sama semangat nak bercerita keburukan student. Student phd lah yang paling teru kena.

Dari isu student tu anak siapa hinggalah mak ayah kerja apa. Semua mereka duk mengata.

Student pakai baju macam mana pun nak sibuk. Kalau betul-betul concern,tegur secara berhemah. Bukan kutuk mengutuk. Sampaikan aku yg tak kenal student tu pun boleh kenal dan tahu pasal student tu.

Bab mengutuk student belakang-belakang ni sangat bahaya, once student tu datang office fakulti. Mana-mana kaki kutuk belakang ni akan aim dan suka renung-renung kalau ternampak student2 berkenaan. Kesian budak-budak tu.

Ingat lah, kita pun bekas student. Takkan dah jadi pensyarah pun dah jadi lupa diri. Apa perasaan kalau kau kadi student, lecturer mengutuk kau kat office fakulti bersama lecturer lain yang tak pernah pun mengajar kau.

Sakit hati kan?

3) Busy Body or Caring?

Bila kau jadi lecturer, isu yang kau akan hadap tiap tiap hari ialah attendance. Student tak datang kelas. Student ponteng tutorial. Student tiru tandatangan dan ada juga yang copy over and over again mereka punya medical certificate.

Mula-mula kerja dulu, aku sangat peduli dan tegas dengan student bab ni. Aku memang akan buru siapa yg tak datang kelas. Siap dapat surat layang dari student ugut nak rogoo aku sebab aku cari dia datang jumpa aku.

Sampai satu hari, aku jumpa kawan di universiti lain. Aku luah perasaan yg aku ni stress dengan sikap student, bla bla bla.

Kawan aku dah mengajar dekat 4 tahun, dia tanya aku. Apa tugas utama lecturer? Aku kata lah mengajar. Dia kata kau salah dah silap. Aku pelik. Tang mana salah tu?

Dia jawab,

Tugas utama kita ialah penyelidikan. Kedua, sunbangan penyelidikan kepada masyarakat. Ketiga, mengajar. Keempat, sumbangan didikan kau kepada pelajar. Kenapa kau nak letakkan keutamaan yg tak perlu?

Kau cari student tak datang kelas sebab kau betul-betul nak tolong dia selesai masalah atau kau nak hukum dari segi halang peperiksaan atau kau naknhantar dia ke pusat kaunseling universiti?

Aku terdiam lagi sekali. Ternyata aku memang mentah untuk benda ni. Aku tanya diri aku balik. Kenapa aku sibuk sangat dengan kedatangan pelajar? Adakah aku benar peduli dengan masalah mereka yg menyebabkan mereka tak datang? Atau aku rasa tercabar sebab mereka berani ponteng kelas aku? Hati aku kuat katakan bahawa aku hanya rasa tercabar. Aku hanya ingin buktikan bahawa aku boleh kenakan tindakan ke atas mereka sebab aku adalah pensyarah mereka.

Hingga hari ni, tiap tiap kelas atau kursus yang aku kendalikan. Aku selalu pesan, jangan tak datang kelas. Kalau tak boleh datang juga email awal kepada aku. Supaya aku dapat makluman awal. Sebab apa? Sebab aku tak nak masuk campur urusan mereka. Sebab apa mereka tak datang. Sebab apa mereka ponteng dan sebagainya.

Bukan kata aku lepas tangan. Tidak. Aku peduli pada awalnya. Hingga satu masa aku rasa benda ini adalah percaturan antara diri pelajar itu sendiri. Aku hanya pensyarah yg mengajar mereka untuk menjadi seorang bakal graduan yang berilmu. Aku bagi mereka pilihan untuk ke kuliah. Tapi mereka ialah decision maker. Nak hadir ataupun tidak?

Jika hadir, aku tandakan hadir. Jika tidak aku tandakan tidak. Itu sahaja.

4)Universiti bukan tempat buat networking.

Selain isu kehadiran. Kau akan deal dengan isu plagiat. Masa tugasan kumpulan dan individu kau akan kenalpasti banyak tatabahasa yg salah sebab kan kes copy paste ayat terjemahan pak google. Itu dah biasa.

Paling best,student yg layak menang award dalam plagiat ialah student yg hantar kerja senior. Haha. Dia ingat lecturer tak tahu? Sorry young kids, you need to learn more for that.

Bila isu plagiat ni dah naik ke meja pensyarah. Ada sesetengah pensyarah yang akan deal face to face dengan student. Ada yg bawa je pihak atasan fakulti. Ada yg bawa ke pengadilan universiti.

Yang paling best sepanjang aku jadi lecturer, ada lecturer yang sampai satu tahap call ibu bapa. Haha. Lecturer sebelah bilik aku sebaya aku. Lecturer cina. Perempuan. Dia datang bilik aku bagitahu ada lecturer yg buat macam tu.

Terus dia kata, Dr Xxxx tu nak jadi lecturer ke nak buat networking dengan parents student? Bagi aku tindakan tu tak matang. Hal tersebut cukup lah antara pensyarah-pelajar-universiti.

Jangan rumitkan keadaan. Fikir panjang, seorang pensyarah mahukan apa daripada student? Jika nak dia berjaya, bimbing elok-elok. Buat keputusan win-win situation. Bukan penting diri yg akan buat pihak pelajar akan tertunduk dan kau akan menang.

Ramai je pensyarah yg deal dengan isu ini. Aku pun sama. Rata-rata pensyarah hanya memanggil pelajar untuk keterangan. Kalau alasan lemah, markah rendah lah bagi tugasan tersebut atau tiada carry mark. Itu je. Tak perlu buat networking dengan penjaga mereka.

5) kita pun manusia biasa.

Selalu pensyarah-pensyrah ni berlagak baik. Mereka lah yang sempurna. Student lah yang banyak masalah.

Saya rasa tak adil untuk pensyarah letakkan prejudis begitu. Saya ada satu atitud tidak baik ketika mengajar. Saya suka menyebut perkataan seperti Sh*t, bullsh*t dan the fu*ck ketika dalam kuliah.

Ramai yang hantar surat aduan kepada dekan. Aku buat tak tahu. Bukan aku maki student. Cuka habit je. Itu baru satu. Ada je yg lain yang mungkin tak disukai oleh student2 aku.

Begitu juga lecturer lain. Kita hanya manusia biasa. Anda pun ada atitud yg mungkin pelajar tidak senangi. Tapi mereka tidak boleh buat apa selain terima.

Tak baik sekiranya satu kesilapan yg dilakukan oleh pelajar sudah dikategorikan sebagai pelajar bermasalah. Boleh jika anda sebagai pensyarah untuk bertindak sedemikian.

Tetapi, anda bersedia untuk digelar pensyarah bermasalah juga?

Tepuk dada tanya diri. Sepanjang dua tahun ni saya banyak belajar daripada pelajar pelajar saya. Mereka ada pemikiran yang matang dalam kelas terutama dalam perbincangan. Mereka banyak bacaan dan outlook mereka juga lebih luas dari apa yg saya banyangkan dan harapkan.

Saya juga sedar bahawa setiap tahun saya akan berhadapan dengan masalah yg sama. Masalah yang datang dari pelajar. Tapi saya banyak refleksikan diri bahawa masalah itu bukan satu-satunya punca dari pelajar. Ada juga faktor lain. Jadi saya kena jadi fleksibel dan lebih matang untuk mengendalikan masalah yg sama ini saban tahun.

Jangan pernah letakkan diri kita(pensyarah) di atas satu tahap yg lebih baik dari pelajar(kononnya). Kita juga manusia biasa. Tidak maksud dari kesalahan dan kekhilafan diri.

P/s: selain kutul student. Berhentilah juga kutuk dekan fakulti ya. Sis mohon sesangat.

FAY

Sumber & Kredit: iiumc

Scroll to top