Lelaki Ini Kongsi Bagaimana Rupa 2nd Degree Burns

Sebelum ini, kita dikejutkan dengan berita kes kematian seorang pelajar UPNM yang melecur teruk hampir seluruh badannya selepas dikatakan didera.

Menurut NST Online, pelajar berkenaan dibawa ke hospital selepas mengalami kecederaan parah, termasuk 2nd degree burns dan 3rd  degree burns. Dalam bahasa melayu: melecur tahap ke-2 dan melecur tahap ke-3.

Sejak kes terbabit menjadi perhatian warga Malaysia, ramai doktor yang tampil menjelaskan apa itu melecur tahap ke-2 dan tahap ke-3 berserta gambar illustrasi dan Google. Tapi bagaimana rupa sebenar melecur-melecur itu secara 'live'?

Seorang pengguna Twitter @grgbinnie berkongsi bagaimana rupa melecur tahap ke-2 yang dialaminya selepas seharian bekerja di luar.

"Biarpun pakai krim matahari, masih dapat melecur tahap ke-2 selepas melakukan kerja seharian di luar. Sekarang sedang sakit gila." tulis mat salleh itu.



Ya, kalau kita tengok pun dah rasa ngilu, apatah lagi yang sedang merasa. Itu baru melecur tahap ke-2, belum masuk tahap 3 lagi.
Scroll to top