Lelaki muatnaik status sedih dan pelik di FB sebelum dikatakan membunuh diri

Lelaki muatnaik status sedih dan pelik di FB sebelum dikatakan membunuh diri

Lelaki muatnaik status sedih dan pelik di FB sebelum dikatakan membunuh diri

Seorang lelaki yang berasal dari Kuantan, Pahang dikhabarkan telah meninggal dunia setelah memuat naik beberapa status pelik dan sedih di akaun Facebook (FB) miliknya.
 
Menurut sumber, pemilik akaun FB bernama Amirul Ismad telah memuat naik status yang menunjukkan dirinya sedang kecewa terhadap seseorang dan akhirnya membuat keputusan membunuh diri.
 
Berdasarkan kemas kini statusnya pada 6 Jun, Amirul telah berkongsi rasa kecewanya terhadap seseorang.
 
Dia berkata bahawa dirinya telah berubah dan meninggalkan segala perkara buruk yang telah dilakukan tetapi keadaan menjadi semakin buruk.
 

 
Selang dua hari kemudian, Amirul telah mengemas kini akaun Facebooknya dengan memuat naik status “mati”.
 
Keesokan harinya pula, dia telah memuat naik status terakhirnya yang menyatakan bahawa biarlah dirinya pergi buat selamanya dengan hashtag #semakinharisemuamenjadikosong.
 

 
Setelah kisahnya dikongsi ramai, akaun FB Amirul telah dilimpahi ucapan takziah kepada ahli keluarga Allahyarham selain ada yang turut menasihatkan agar remaja di luar sana tidak membuat sesuatu keputusan mengikut perasaan.
 
Sumber : Kisahdunia.com
Olahan : Izzat Ridzwan
 Via: Astro Gempak
Loading...
Scroll to top