Lelaki rempuh van polis, Champs-Elysees di Paris ditutup

PARIS: Pasukan Polis Perancis dilaporkan memberkas seorang lelaki di Champs-Elysees selepas kenderaan yang dipandunya merempuh van polis hari ini.

Bagaimanapun tiada kecederaan dilaporkan setakat ini.

Menurut pihak berkuasa paris operasi keselamatan dilancarkan di sekitar kawasan pusat tumpuan pelancong dan beli-belah berdekatan.

Kawasan itu juga telah dikepung oleh polis.

Scroll to top