Lelaki Terbabas Ketika Memandu di Subang Jaya Kerana Taktik Tumpahan Minyak Trak Tunda

Rocket WOBDapatkan berita yang paling viral setiap hari:

Baru-baru ini, seorang netizen hilang kawalan ketika memandu dan terbabas di bahu jalan kerana pemandu trak tunda yang tidak bertanggungjawab telah menumpahkan minyak ke atas jalan. Insiden itu dilaporkan berlaku di Subang Jaya, Selangor.



Sumber: Facebook Sumber: Facebook

Netizen yang dikenali sebagai Jason, telah memuat naik status berkenaan kejadian yang menimpa rakannya itu di Facebook. Dia menulis,

“Hari ini, rakan saya menjadi mangsa ‘taktik jalan berminyak’ oleh pengendali trak tunda. Sebaik sahaja dia terbabas, seorang lelaki muncul dan menawarkannya servis trak tunda.”

Sumber: Facebook

Nasib baik rakannya itu peka dengan taktik kotor dan membuat keputusan untuk menghubungi syarikat insurannya. Namun, menurutnya lelaki tersebut kemudian dengan beraninya berkata,

Call la trak tunda kau sendiri, ini kawasan aku, dia kena berdepan dengan aku lagipun.”

Selepas mengejek mereka mangsa dan rakannya, pemandu itu dengan tidak malu menunggu di tempat kejadian dari jam 6 petang hingga 9 malam. Betul gigih nak dapat duit dengan taktik kotor.



“Apabila trak tunda kami tiba, dia terus pergi. Apa yang bagusnya adalah, dia dapat rasai pengalaman berbuka puasa di tepi jalan di lebuhraya.”

“Laluan jalan ini mneghala ke Subang Parade dan SS15. Ada pusingan U di hadapan. Jadi sila berhati-hati jika menggunakan laluan ini.”

“Tolong ingat jika anda terlibat dalam kemalangan, terus hubungi syarikat insurans. Jangan biarkan pemandu trak tunda sebegini sentuh kereta anda. Keadaan akan menjadi lebih teruk.”

Sumber: Facebook

Netizen yang membaca status itu rata-rata berkongsi pengalaman mereka dan memberitahu spot popular kejadian sebegini sering berlaku antaranya di Lebuhraya Persekutuan berdekatan istana lama.

Jadi korang, please berhati-hari bila melalui jalan jalan yang dikatakan kerana tumpahan minyak akan menyebabkan kereta anda memusing dengan mudah…



Baca: Awas! Wanita Ini Cerita Kisah Jadi Mangsa Pemandu Trak Tunda Tuang Minyak Atas Jalan Raya

Rocket WOBDapatkan berita yang paling viral setiap hari:

Scroll to top