“Lihat Di Bawah Mesin Jahit” – Pesanan Wanita Kepada Anak Buahnya Sebelum Meninggal Dunia Rupanya Mengandungi Rahsia

Carl Sabatino perasan akan lukisan di rumah ibu saudaranya, tetapi dia tidak tahu banyak mengenainya. Apa yang dia tahu selepas beberapa tahun ibu saudaranya menyerahkan lukisan tersebut kepadanya sebagai pemberian terakhir. Lukisan tersebut dikatakan bernilai sehingga  $ 30 juta.

Sebelum ibu saudaranya, Jenny Verastro dia sempat memberikan petunjuk mengenai harga lukisan tersebut. “Tiga hari sebelum dia meninggal dunia, dia memberitahu saya, ‘ Carl, Jangan lupa untuk melihat di bawah mesin jahit,’

Sabatino mendapati terdapat sebuah lukisan di bawah mesin jahit, dibungkus dalam surat khabar yang bertarikh pada tahun 1950-an.

Apabila dia membuka pembalut tersebut, dia pada awalnya tidak berfikir banyak mengenai lukisan tersebut kerana dia telah melihatnya dahulu, sepanjang zaman kaank-kanaknya.

Rupa-rupanya suami Verastro yang telah membeli lukisan tersebut dengan harga $10 daripada seorang vendor jalanan di London semasa Perang Dunia II.

Sekarang Sabatino percaya bahawa lukisan tersebut dilukis oleh pelukis itu sendiri iaitu Pablo Picasso – sebagai rekreasi karya 1901 beliau, “Wanita dengan topi,” yang dipaparkan dalam muzium seni Cleveland.

Pakar lukisan telah menolak dakwaan Sabatino dan mengatakan ia adalah lukisan palsu tetapi dia berhujah bahawa lukisan tersebut adalah asli.

“Saya berkata, ‘baiklah, tetapi pada pendapat anda dari mana lukisan ini datang? Ianya ada dalam warna, ‘yang amat jarang berlaku pada masa itu,” katanya,

Syak wasangka telah disahkan oleh seorang pakar kedua diekstrak mengenai beberapa pigmen dari lukisan itu dan berkata ia dipadankan dengan bahan-bahan yang telah digunakan di Eropah pada tahun 1930-an.

Selain itu, terdapat juga penemuan cap jari separa tertanam pada cat yang hanya mungkin telah ditinggalkan oleh pelukis itu sendiri.

Scroll to top