Media Dedah Identiti Penyerang Di London

CARDIFF – Suspek yang juga bapa kepada empat anak, iaitu Darren Osborne ditahan selepas dipercayai memandu van yang merempuh umat Islam di sebuah masjid di Finsbury Park di London, semalam.

Identiti suspek didedahkan media Britain, hari ini, susulan insiden semalam, yang mengorbankan seorang mangsa, selain mencederakan 10 yang lain.

Menurut laporan, penduduk tempatan menahan Osborne sebelum dia diserahkan kepada pihak polis atas tuduhan mengeluarkan arahan, merancang atau berniat melakukan keganasan, termasuk membunuh atau cubaan membunuh.

Identiti Osborne selaku penyerang dalam kejadian itu turut dilaporkan oleh BBC, namun polis Metropolitan London enggan mendedahkan nama suspek sehingga dia dihadapkan ke mahkamah. – AFP/BH ONLINE

Loading...

Scroll to top