Nak Sambal Tumis Cantik Warnanya, Sedap & Tahan Lebih Lama, Ini Caranya

Sambal tumis memang enak dinikmati bersama nasi lemak, lontong mahupun dimakan bersama nasi putih sahaja.Tak kiralah nak gandingkan dengan lauk apa sahaja, semuanya pasti membuka selera.Bahkan, makan dengan ikan goreng sahaja pun dah mampu buat kita tersandar kekenyangan.

Namun ada cara dan tip tertentu  bagi menjadikan sambal tumis cantik warnanya, sedap dan yang paling penting tahan lebih lama.Perkongsian ini oleh blogger masakan terkenal, Azlita Masam Manis.

1.Warna Sambal Cantik

Untuk mendapatkan warna sambal yang cantik dan merah menyala, petuanya ialah pastikan masa memotong cili ambil yang berwarna merah sahaja. Buang cili yang berwarna coklat atau kelihatan seperti dah buruk. Ini lah yang menjadi sebab, jika cili tersebut di kisar sekali sambalnya berwarna tak cantik.

Lagi satu, rahsia sambal warna merah cantik ialah gula kena banyak. Sambal yang sedap ianya mesti secukup rasa manis,pedas,masin dan masamnya.

2.Sambal Sedap

Sambal tumis bukan sahaja bergantung pada cili tapi juga pada bawang yang di gunakan. Jika sambal nak sedap gunakan bawang merah kecil, jangan guna bawang besar. Bawang merah kecil ini letak banyak-banyak barulah kuah sambal tu manis dan enak.Jangan lupa masukkan sekali hirisan bawang besar setelah sambal mendidih.

3.Sambal Tahan Lama

Pastikan gunakan minyak yang banyak ketika menumis. Minyak yang banyak akan buatkan sambal tahan lama, berhari-hari walaupun tidak dipanaskan terutamanya sambal ikan bilis.

Masa menumis juga kena lama, supaya bawang dan cili benar-benar garing dan hilang bau atau rasa maung cili.

Sumber:norazlitaaziz.blogspot.my

Selain itu, antara petua lain yang boleh dicuba:

Kisar Minyak

Cili kering yang direbus dengan air panas hendaklah dikisar dengan minyak masak. Ini menjadikan sambal lebih cepat ditumis dan rasanya juga lebih enak.

Malah tekstur sambal juga menjadi lebih halus dan sempurna.

Elak Air Banyak

Ketika menumis sambal, elak memasukkan air yang banyak kerana ia akan hanya membuatkan sambal lambat masak. Malah sambal juga dikatakan tidak tahan lama. Masukkan air sedikit demi sedikit dan jika inginkan kuah berlebihan, tambahlah kemudiannya.

Guna Gula Melaka

Mungkin resipi ini sudah biasa bagi masyarakat sebelah pantai timur. Memasukkan nisan atau gula melaka juga gula kabung adalah cara untuk menaikkan rasa lebih lemak pada sambal.

Buat Sendiri Pes Cili Kisar

Asas membuat sambal yang enak haruslah menggunakan cili kering yang dikisar sendiri.Elakkan sama sekali cili pes segera yang dijual di kedai. Pes segera biasanya sudah ditambal dengan beraneka bahan lain sehingga hilang keasliannnya. Jadi pastikan cili kering sentiasa ada dalam stok di rumah anda.

Selamat Mencuba!

Scroll to top