Negara rugi RM6b setahun

Putrajaya: Lebih 980,000 tan metrik hasil laut negara ‘hilang’ setiap tahun dengan anggaran kerugian sekitar RM3 bilion hingga RM6 bilion.

Itu nilai ketirisan dan kerugian hasil laut negara yang direkodkan setiap tahun yang dipercayai tidak didaratkan di perairan negara selain tidak dilaporkan.

Perkara itu didedahkan Ketua Pengarah Jabatan Perikanan Datuk Ismail Abu Hassan pada sidang media, di sini, semalam.

Ismail berkata, pihaknya mendapati hanya 50 peratus ikan yang ditangkap di perairan negara didaratkan di Malaysia manakala selebihnya tidak dilaporkan.

“Melalui rekod berkenaan, kita dapati berlaku pencerobohan yang dilakukan nelayan asing hingga menyebabkan berlaku kehilangan atau ketirisan sumber laut negara terutama di perairan laut dalam.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Scroll to top