“Nenek gua tak sekejam nenek lu bro” – Dikecam pakai baju kurung kedah dengan jeans koyak, ini respons Sharifah Amani

"Nenek gua tak sekejam nenek lu bro" - Dikecam pakai baju kurung kedah dengan jeans koyak, ini respons Sharifah Amani

“Nenek gua tak sekejam nenek lu bro” – Dikecam pakai baju kurung kedah dengan jeans koyak, ini respons Sharifah Amani

Nama Sharifah Amani satu ketika dulu memang cukup sinonim dengan pengarah prolifik Allahyarham Yasmin Ahmad. Menerpa nama melalui filem Sepet dan seterusnya Gubra, Sharifah Amani adalah antara ikon aktres alaf baharu yang ada kelasnya tersendiri.

Terbaru menerusi laman sosial Twitter milik Sharifah Amani, dia sedikit bengang dengan peminat kerana mengecam pemakaiannya. Aik pakai apa ni? Admin tengok okay je..

Menerusi perkongsian OOTD Sharifah Amani di laman Twitter, dress up Sharifah Amani menarik perhatian netizen. Baju kurung kedah bersama sehelai jeans yang koyak dikecam teruk netizen yang rata-rata menganggap Sharifah Amani tidak sepatutnya memakai seluar koyak yang mendedahkan aurat.

Aku pakai baju kurung Kedah & jeans kau yang rasa panas. Nenek gua tak sekejam Nenek lu Bro.

Sumber : Twitter

Via: Oh Bulan

Loading...
Scroll to top