Netizen Kongsi Kisah Sedih Bapa Lanjut Usia Jaga Dua Anak OKU, Pakai Pampers Berulang Kali

Rocket WOBDapatkan berita yang paling viral setiap hari:

Dalam pada kita sibuk dengan persiapan Aidilfitri, kita kadang-kadang terlupa akan mereka yang kurang bernasib baik. Bagaimana agaknya mereka menyambut Aidilfitri tahun ini?



Semalam tular beberapa keping gambar di laman Facebook berkongsi kisah seorang bapa lanjut usia menjaga dua orang anak Orang Kurang Upaya (OKU) dalam keadaan uzur dan serba kekurangan.

Sumber: Facebook

Abdul Rahman Jusoh, 73, mempunyai dua orang anak OKU yang telah disahkan mempunyai masalah fizikal dan pembelajaran. Dia membesarkan kedua-dua anaknya itu di Kampung Paya Mengkuang Ladang, Temerloh dengan keadaan pendapatan yang tidak menentu, lapor Sinar Harian.

Sumber: Facebook

Kisah sedih Abdul Rahman ini pada awalnya didedahkan oleh sekumpulan anak muda yang menggelarkan diri mereka sebagai geng ‘pencuci dosa’ yang diketuai oleh Al-Fadhil Khidir, pemilik syarikat pelancongan Kembara Sufi Travel dan Tour Sdn Bhd.

Menurut Fadhil, salah seorang anak Abdul Rahman, Musa Abdul Rahman terpaksa diletakkan di dalam kandang kayu kerana badannya akan terkulai tanpa sokongan.

Sumber: Facebook

Lebih menyedihkan apabila Musa terpaksa dibiarkan begitu sahaja disebabkan kecacatan fizikalnya yang tidak mampu menyokong kepala dan badannya sendiri.



Tidak cukup dengan itu, Musa juga terpaksa memakai lampin pakai buang berulang kali kerana Abdul Rahman tidak mampu menampung wang yang lebih untuk membeli lampin pakai buang yang baru. Sedihnyaa…. 

Sumber: Facebook

“Kulit kaki pun dah berkudis, ada kulit yang tercabut bila digaru. Lampin pakai buang terpaksa guna berulang kali yang jadi punca dia berkudis,” tambah Fadhil.

Apa yang dibimbangnya kini, bagaimanalah nasib anak OKU tersebut jikalau bapanya tiada nanti.

Perkongsian tersebut rata-rata telah menyentuh hati netizen yang kasihan melihat nasib anak-anak OKU tersebut. Malah ada juga yang bermurah hati untuk memberikan bantuan kerusi roda dan lain-lain alat bantuan OKU secara percuma.

Sumber: Facebook

Netizen juga mempersoal peranan ketua kampung, ahli parlimen dan ahli Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) dalam memantau kehidupan golongan asnaf dan OKU seperti ini.



Apa peranan ketua kampung sana? Ahli parlimen sana tak main peranan ke? Mana pengurus zakat, tak cari ke asnaf-asnaf macam ini? Macam ini patut dapat zakat.”

Susah yang amat-amat susah. Recycle pampers… Come on lah! Ada nombor akaun ke apa ke? 100 orang kali RM10 seorang dah seribu. Duit raya. Boleh pakai baju cantik-cantik. Kerusi roda tu minta dengan kerajaanlah. Mana JKKKKKK, tidur ke apa?”

Kan netizen dah marah-marah…

Diharapkan keluarga ini mendapat bantuan yang sewajarnya daripada pihak berwajib. Nak salahkan badan kerajaan dan NGO sepenuhnya pun tak boleh juga. Mungkin mereka terlepas pandang.

Marilah kita bersangka baik di bulan Ramadan ini. Komen yang murni saja ye 😉

Baca: Warga Emas Gigih Jual Rebung Untuk Tanggung Tiga Anak OKU di Kangar

Rocket WOBDapatkan berita yang paling viral setiap hari:

Scroll to top