Netizen Luah Ketidakpuasan Hati Rekaan Masjid Yang Tidak Mesra Wanita

Rocket WOBDapatkan berita yang paling viral setiap hari:

Keindahan reka bentuk masjid-masjid di negara ini memang tidak boleh disangkal lagi. Lihat saja pada Masjid Putra yang menelan belanja sebanyak RM250 juta. Rekaannya menarik membuatkan ia menjadi salah satu daripada tarikan pelancong di serata dunia.



Gambar hiasan

Namun di sebalik hebatnya rekaan masjid-masjid ini, adakah ia mesra pengguna? Adakah ia mesra wanita?

Menerusi luahan seorang netizen di laman Facebook IIUM Confession, dia mengadu kebanyakan rekaan masjid masa kini dikatakan tidak mesra wanita.

Apa maksud mesra wanita ni? Maksudnya, masjid yang menjaga aurat dan kemudahan wanita.” 

Menurutnya, sesetengah masjid mempunyai tandas dan tempat wuduk yang terlalu jauh dan di luar tempat solat.

Gambar hiasan

Jauhnya tempat wuduk ini menyusahkan golongan wanita yang perlu menjaga aurat kaki dan lain-lain kerana mereka kadang-kadang secara tidak sengaja bertembung dengan jemaah lelaki dalam perjalanan pulang ke ruang solat semula.

“Kami wanita ni, nak menjaga aurat kaki dan lain-lain. Sudahnya basah-basahlah stokin kami sebab nak pakai balik lepas wuduk, sebab nak ke ruang solat wanita itu kenalah menempuh tok imam, pak bilal dan abang rashid dulu.” 



Eh ada betul juga kan??

Gambar hiasan

Dan ia menjadi masalah apabila tudung yang dipakai mula basah-basah kerana terpaksa memakainya semula selepas berwuduk.

“Itu belum cerita lagi kakak-kakak yang shawl berbelit-belit tu, satu kerja nak belit balik, nak solat, buka belit balik. Yang sembelit, pergi tandas balik. Kena ambil wuduk semula, buka belit dan belit balik shawl, the list goes on.

Fuh penat gila!

Oleh kerana kelecehan tersebut, maka secara tidak sengaja golongan yang menjaga aurat di luar masjid tiba-tiba terbuka pula auratnya di dalam masjid.



Selain itu, isu kebersihan juga diadukan wanita tersebut dalam luahannya. Menurutnya, kebanyakkan masjid atau surau tidak menyediakan tong sampah di tandas wanita. Tambahnya lagi, kebanyakan jemaah masjid ini masih tidak faham akan masalah wanita yang berhadas perlu membuang tuala wanita atau pantiliner yang dipakai mereka.

“Kami ini cukup bulan datang bulan. Ada juga golongan yang istihadhah (keluar darah penyakit), dan ramai yang perlu bersuci kerana wadi.” 

“Wadi ialah cecair yang keluar setelah seseorang wanita itu penat. Contoh, penat shopping raya di Jalan TAR, penat jalan kaki jauh-jauh nak pergi kerja, penat angkat-angkat barang. Wadi ini najis, perlu dibersihkan sebelum solat,” tambahnya lagi.

Jikalau tong sampah disediakan dengan secukupnya, mungkin masalah pembuangan tuala wanita merata-rata akan dapat dielakkan. Tak begitu?

Malah isu langsir yang menjadi perantara saf lelaki dan perempuan juga disentuh netizen tersebut. Menurutnya, kebanyakan masjid atau surau menggunakan langsir atau penghadang jarang dan tak cukup panjang hingga susuk jemaah lelaki kelihatan jelas dari celah langsir.

Gambar hiasan

Disebabkan hal itu, pergerakan wanita jadi terbatas. Mereka tidak boleh membuka tudung untuk memperbetulkan rambut yang kusut, tidak boleh menukar kain yang sesuai untuk solat, menyukarkan ibu-ibu untuk menyusukan anak dan para makcik juga tidak boleh tumpang tidur untuk berehat.

“Saya minta, pohon dan rayu lepas ini kalau ada arkitek nak reka masjid, rekalah tempat wuduk yang mudah wanita nak pergi, tanpa tempuh tempat lelaki.”

“Kalau boleh tandas pun biar dekat juga. Senang opah-opah yang sakit lutut dan asyik nak terkucil bergerak. AJK masjid pula, kalau boleh, tolonglah sediakan tirai atau penghadang yang melindungi aurat kami,” tambahnya lagi. Kan akak ni dah membebel!

Perkongsian ini telah mendapat respon positif dari netizen yang rata-rata begitu menyokong dengan saranan netizen tersebut.

Sumber: Facebook

Pun begitu, ada seorang netizen berkongsi pengalaman bersolat di negara luar yang membuatkan dirinya sentiasa memudahkan cara dalam menunaikan ibadat walau di mana dia berada.

Sumber: Facebook

Walau apapun pendapat masing-masing, solat itu ibadah wajib bagi semua umat Islam. Susah manapun dalam melakukan sesuatu ibadah, hendaklah kita lakukannya dengan penuh ikhlas. 

Baca: Dua Beradik Selesai Misi Cuci Masjid Seluruh Negara Tekad Mahu Cuci Masjid di Singapura Pula

Rocket WOBDapatkan berita yang paling viral setiap hari:

Scroll to top