Pelakon Zarina Anjoulie Dan Bekas Suami Perang Dingin Di Instagram

Kecoh di laman Instagram hari ini apabila berlakunya perang dingin antara pelakon Zarina Anjoulie bersama bekas suaminya. Bekas suami beliau yang berasal daripada Brunei mendedahkan beberapa bukti perbualan mereka berdua dan telah membuka cerita lama antara beliau dan Zarina.

Dalam kenyataan bekas suami Zarina, beliau mendakwa pelakon wanita itu menghina keluarganya dan turut menceritakan perangai sebenar Zarina menerusi muat naik di Instagram Stories pula. Sehingga beberapa jam lepas, perang antara mereka berdua masih lagi hangat.

Tidak terlalu melatah dengan dakwaan daripada bekas suaminya, Zarina menerusi muat naik terbarunya di Instagram memberitahu setiap apa yang beliau lakukan kini untuk menampung hidupnya dan anak mereka adalah dari sumber wang yang halal dan tidak seperti bekas suaminya itu.

Zarina juga meminta agar bekas suaminya itu berubah. Malah, beliau menawarkan agar bekas suaminya menjadi stokis di Brunei bagi produk penjagaan wanita yang diusahakan Zarina kini dan sedang laris terjual.

Pada kami, kedua-duanya sudah dewasa untuk cuba menyelesaikan segala rasa tidak puas hati dan masalah dengan baik. Jika terus membuka aib masing-masing, tiada perkara yang akan selesai dan hanya akan bertambah rasa marah ataupun dendam di dalam hati. Apa-apa pun, kami berharap Zarina dan bekas suamiya dapat mengakhiri persengketaan mereka ini.

Sumber: Beautifulnara

Scroll to top