Raf Yaakob Beri Gambaran Bakal Berkahwin Dengan Mawar Rashid

Bersempena sambutan Hari Bapa yang lalu, pelakon Mawar Rashid ada memuat naik satu ucapan khas dan penuh kasih sayang buat kekasihnya, Raf Yaakob. Untuk anda yang tidak tahu, Raf merupakan seorang duda anak dua.

Berikut ucapan Mawar buat Raf :-

Tersentuh dengan ucapan istimewa tersebut, Raf ada berterima kasih kepada Mawar menerusi ruangan komen di foto tersebut. Menariknya, Raf seakan memberikan gambaran bahawa mereka mungkin bakal berkahwin tidak lama lagi.

Ramai peminat yang mendoakan agar pasangan merpati dua sejoli ini cepat berkahwin kerana mereka berdua memang sudah cukup mesra bersama. Apa-apa pun, kami berharap agar perancangan Raf dan Mawar untuk fasa lebih serius dipermudahkan. Kan Raf kata, benda baik tidak perlu dilengahkan..Hehe

Sumber: Beautifulnara

Scroll to top