Rakaman Video Makcik Tua Curi Duit Wanita Sedang Membeli Belah Tanpa Disedari Mangsa


KUALA LUMPUR - Satu rakaman video jadi tular yang memaparkan cubaan seorang wanita ingin mencuri dompet mangsanya yang ketika itu sedang sibuk memilih pakaian semalam.

Menurut laporan dari perkongsian di Facebook, kejadian itu berlaku di sebuah kedai pakaian di Jalan Tunku Abdul Rahman (TAR) pada jam 2.21 petang, wanita berkenaan dikatakan berpura-pura untuk membeli pakaian sebelum mendekati mangsa bersama seorang lelaki yang dipercayai teman lelakinya.

Suspek kemudiannya pergi ke belakang mangsa dan bertindak dengan membuka zip beg sandang mangsa yang ketika itu langsung tidak menyedarinya kerana terlalu leka.

Setelah pasangan berkenaan elesai memilih pakaian dan cuba pergi ke tempat lain, suspek kelihatan mengekori mangsa tanpa disedari pasangan terbabit.

Menurut Nor Ridah Munir, anak perempuannya turut menjadi mangsa perbuatan suspek dalam kejadian yang berlaku pada malam semalam tetapi dompet yang didapati hilang itu berjaya diperolehi semula.

"Anak saya baru kena malam tadi. Dia ambil duit, kemudian dompet disorok dalam timbunan kain. Nasib baik ada yang jumpa dan hantar ke kaunter.

"Menurut anak saya, 'makcik' inilah yang mengekori dia sampai tiba-tiba dompetnya hilang sewaktu mahu membuat pembayaran di kaunter," katanya yang turut memberitahu bahawa suspek telah melakukan perbuatan itu secara agresif semenjak tiga hari lalu.




11 buah dompet telah berjaya ditemui di kawasan sekitar premis berkenaan, walau bagaimanapun kesemua wang di dalamnya dipercayai telah diambil oleh suspek.

Difahamkan, sehingga kini suspek masih belum ditangkap dan masih lagi terus melakukan kegiatan berkenaan tanpa segan silu atau pun takut akan akibat dari perbuatannya itu.


Di musim perayaan ini, orang ramai dan terutamanya kaum wanita dinasihatkan agar berhati-hati ketika membeli belah walau di mana sahaja, perkara sebegini akan terus berlaku dan berlaku tanpa henti sekiranya tiada pihak yang berkaitan mengambil tindakan bagi membendung kegiatan berkenaan.
Scroll to top