Rakaman Video Pakcik Teksi Marah Pemandu UBER Curi Pelanggan Mereka Dikecam Netizen


Kebelakangan ini ramai pemandu teksi dikatakan panas punggung ekoran semakin banyak perkhidmatan pengangkutan antarabangsa, Uber di mana-mana sahaja di seluruh Malaysia.

Kes pemandu teksi yang tidak berpuas hati dan mengamuk tentang pemandu Uber juga sering diperkatakan yang mana mereka mendakwa periuk nasi mereka sebagai pemandu teksi telah diganggu. Baru-baru ini satu lagi kes yang serupa membabitkan pemandu teksi yang mengamuk serta memberi amaran kepada seorang pemandu Uber jadi tular di media sosial.

Dalam kejadian yang berlaku di kawasan KTM Alor Setar itu, seorang pemandu teksi yang turut ditemani beberapa rakan-rakannya dipercayai memberikan amaran terhadap seorang pemandu Uber semasa pemandu berkenaan sedang mengambil pelanggannya.

Berikutnya adalah perbualan mereka yang telah sempat dirakamkan serta turut disebarkan di media sosial.
"Macam ni teksi tak boleh cari makan tau, ambil nombor kereta dia" - pemandu teksi.

"Saya duduk jauh tadi. Orang request saya mai. Saya tak tunggu sini encik. Saya ambil penumpang je" - pemandu Uber.

"Tapi saya tak mahu jumpa you ambil lagi penumpang dekat sini. Kalau saya jumpa you lagi, siap" - pemandu teksi.


Rakaman video berkenaan turut mendapat respon dari netizen yang berpendapat pihak kerajaan bertanggungjawab dan harus menyelesaikan permasalahan antara pemandu Uber dan pemandu teksi yang dikatakan semakin parah dan berlarutan tiada berpenghujung.

Manakala segelintir netizen juga turut memberikan cadangan untuk pemandu teksi bagi penambahbaikkan perkhidmatan berkenaan agar lebih mesra pelanggan sekiranya bertujuan untuk menarik ramai lagi pelanggan.

Apa pendapat serta cadangan anda tentang isu ini supaya perkara ini dapat diselesaikan dengan baik antara pihak pemandu teksi dan juga Uber? - Koleksi Viral

Scroll to top