Rehatlah dengan tenang sayang .. Ibu masih jelas terbayang Ajal menjemput Taufik (8Gambar)

Hulu Langat : Hancur luluh hati seorang ibu apabila melihat video yang tersebar dilaman sosial yang mana anak istimewanya hanyut dibawa arus deras banjir.

Jelas terbayang dimata nya anak lelaki nya itu ditelan arus deras banjir dengan mengapai tangan meminta tolong dan akhirnya dia lenyap ditelan arus.

Hari ini jasad kaku anak nya ditemui, hanya allah yang tahu perasaan ibu ini, mayat Taufik Alias, 24, ditemui di Tanjung Niah, pada 2.54 petang, hari ini.
Jasad mangsa ditemui satu kilometer dari lokasi kejadian dia dihanyutkan iaitu Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Dusun Tua.

“Mayat diserahkan pihak ambulans untuk dihantar ke hospital bagi bedah siasat.”Pihak keluarga turut dimaklumkan mengenai penemuan mangsa,” katanya menerusi kenyataan hari ini.
Dalam kejadian jam 4 petang, kelmarin, Taufik hanyut ketika kejadian banjir berlaku di IKBN Dusun Tua.
Kejadian turut menjadi tular apabila video memaparkan detik mangsa dihanyutkan tersebar di media sosial, semoga keluarga Taufik tabah dengan dugaan ini. Al fatihah

Scroll to top