Saya Jarang Ke Acara Hiburan Tidak Mahu Terlalu Khayal Dengan Dunia Hiburan Nabila Huda

Dahulu, pelakon Nabila Huda ataupun Abil sering terpalit dengan kontroversi daripada kehidupan peribadinya sehinggalah cara beliau berpakain. Namun, Abil kini memperlahankan sedikit aktiviti seninya dan tiada lagi cerita panas mengenai beliau yang menjadi perhatian ramai.

Menurut Abil yang kini sudah berusia 33 tahun, beliau kini berfikiran lebih matang dan positif dalam kehidupannya kini. Abil juga agak jarang menghadiri acara hiburan kerana tidak mahu dirinya terlalu leka dengan dunia hiburan . Buat masa ini beliau ingin memberikan fokus kepada anaknya dan rumah tangga beliau.

Seboleh-bolehnya saya tidak mahu dikaitkan dengan sebarang gosip dan kontroversi lagi. Pada masa sama, saya juga dah jarang menghadiri acara hiburan kerana tidak mahu terlalu khayal dengan dunia hiburan. Kalau ada kelapangan, barulah saya keluar rumah sebulan sekali untuk bertemu teman-teman rapat.

Berbicara soal cahaya mata pula, Abil dan suaminya tidak terlalu tertekan dengan soalan berkenaan dan sebenarnya masih lagi dalam mood bulan madu. Walaubagaimanapun, mereka tetap berdoa agar satu hari dikurniakan anak bersama.

Sebelum ini, Nabila mendirikan rumah tangga dengan Zaidy Zailani pada 2008, namun berpisah dua tahun kemudian. Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan anak perempuan iaitu Keisha Laila, 7.

Kemudian, beliau berkahwin pula dengan Mohd Izwan Johar pada 25 Disember 2015.

Sumber Berita : Harian Metro

Sumber: Beautifulnara

Scroll to top