Selalu Rasa Letih & Tak Cukup Tidur, Ikut Tip Ni Untuk Dapatkan Tidur Berkualiti

Pernah tak mak-mak alami, rasa letih dan lesu ketika bangun pagi walaupun rasa dah cukup tidur dah pada malam hari.

Tidak lain tidak bukan, ia berpunca daripada tidak mendapat tidur yang berkualiti. Dan ini pastinya akan memberi kesan negatif pada mood sepanjang hari.Iyalah asyik rasa mengantuk, letih dan lesu je, semua benda pun tak jadi.

Oleh itu, adalah amat penting untuk mendapat tidur yang mencukupi, agar tubuh kekal sihat, cantik dan bertenaga di samping dapat mengembalikan stamina setelah seharian melakukan pelbagai aktiviti.

Ikut tip ini, Insya Allah tak rasa letih dan lesu lagi.

6 Tip dapatkan tidur yang berkualiti;

1. Jaga Pola Waktu Tidur

Cuba tidur pada waktu yang sama setiap malam. Dengan ini anda akan terbiasa dengan kitaran jadual tidur tersebut sekaligus melatih tubuh anda mendapatkan stamina yang baik untuk keesokan harinya.Disarankan untuk dapatkan tidur yang cukup 6-8jam sehari.

2. Elakkan Pengambilan Minuman Kafein

Sebaiknya, elak ambil kafein sebelum tidur kerana pengambilan kafein boleh mengganggu pergerakan sel-sel di dalam tubuh. Ia juga boleh membuatkan anda tidak akan berasa mengantuk dan lebih bertenaga.  Kesan ini akan membuatkan anda merasa tidak selesa dan memberikan gangguan pada tidur anda. Selain itu, ia akan menyebabkan anda berasa tidak bermaya pada keesokan harinya.

3. Wujudkan Keselesaan Di Dalam Bilik

Hiaslah bilik tidur anda dengan pilihan dekorasi yang sesuai agar ia menjadi sebuah tempat yang ideal untuk tidur. Pastikan suhu dan suasana yang selesa di mana ia membantu anda untuk tidur dengan lebih lena.

Malah, pemilihan bantal dan tilam yang berkualiti juga amat penting. Dapatkan jenis bantal yang lembut dan sesuai dengan keselesaan anda untuk memastikan tidur yang lebih lena dan kembali segar keesokan harinya!

4. Hadkan Tidur Pada Waktu Petang

Tidur pada waktu malam anda akan terganggu sekiranya anda telah tidur lama pada waktu petang. Oleh itu, hadkan waktu tidur siang anda selama 10 hingga 30 minit pada waktu tengah hari. Lakukan power nap untuk memastikan tidur untuk menghilangkan rasa mengantuk pada waktu siang. Sekali lagi elakkan tidur selepas waktu asar kerana ia tidak baik untuk kesihatan.

5. Lakukan Aktiviti Rutin Sebelum Tidur

Jika anda melakukan aktiviti fizikal secara berkala sebelum tidur, ia amat bermanfaat kerana ia  boleh membuatkan anda cepat tidur dan mendapatkan tidur yang lebih berkualiti. Antara aktiviti yang anda boleh lakukan untuk mendapatkan tidur lena adalah seperti membaca buku, mendengar lagu yang menenangkan atau mandi dengan menggunakan air suam.

6. Tangani Stres

Tekanan akan menyebabkan anda sukar untuk tidur kerana banyak berfikir. Tangani stres anda dengan bijak dan tetapkan keutaman untuk selesaikan tugasan secara teratur. Jika ada keperluan penting, tulis perkara tersebut agar anda tidak terlupa pada keesokkan harinya. Banyak cara yang boleh dipraktikkan untuk mengelakkan stress. Apa yang penting lakukan setiap perkara dengan tenang dan ambil masa untuk berfikir sebelum membuat sebarang keputusan.

Scroll to top