Selepas Perisa Durian Mendapat Sambutan, Kondom Perisa Nasi Lemak Bakal Berada Di Pasaran

Meskipun kedengaran agak aneh, namun itulah pengumuman yang telah dibuat oleh CEO  kepada syarikat pengeluar kondom terbesar di dunia baru-baru ini.

Pengumuman yang telah mengejutkan rakyat Malaysia telah dibuat oleh Goh Miah Kiat yang merupakan seorang CEO kepada syarikat kondom tempatan, Karex.

Sebelum ini Karex  pernah mengeluarkan kondom dengan perisa durian yang menjadi hangat di pasaran.

“Di Malaysia, perkara pertama yang kita bangun pada waktu pagi, kita bercakap mengenai nasi lemak. Jadi saya rasa ia adalah sesuatu yang akan menyatukan kita semua, “katanya dalam satu temu bual dengan Channel NewsAsia.

Reka bentuk luar biasa yang lain termasuk kondom glow in the dark, tatu yang diilhamkan yang bertekstur dan di mana produk tersebut adalah salah satu yang terbaik Karex.

Scroll to top