Suami Strok, Isteri Rabun Teruk. Keadaan Dhaif. VIRALKAN Supaya Sampai Kita Sama-Sama Hulurkan Bantuan

[ SEBAKNYA HATI AKU ]

Setiap kali aku lalu mesti aku akan nampak pakcik ni kat luar rumah sambil duduk atas kerusi.

Wajah dia sayu je. Boleh dikatakan setiap kali aku lalu depan rumah dia waktu petang mesti aku nampak dia.

Kalau kata masa aku pergi nampak dia, 3 jam kemudian balik mesti nampak dia.

Hati kecil aku terdetik untuk singgah walau sekejap kat rumah dia untuk aku bercakap dengan dia.

Setelah banyak kali lalu depan rumah dia,
takdir Allah petang semalam aku sempat dekatinya.

Once aku masuk ke kawasan rumah dia, masa tu dia sedang duduk atas kerusi kat luar.

Aku bagi salam, tapi isterinya jawab, dia langsung tak jawab.

Niat untuk bercakap dengan nya tak kesampaian. Bila isteri dia beritahu suami dia ni menghidap sakit strok dah 6 tahun, dia tak boleh bercakap dah.

Pergerakannya pun agak terbatas. Patutlah dia diam langsung tak jawab salam aku.

Subhanallah. Isteri dia sanggup jaga dia. Dalam rumah yang kecil tu tinggal 4 orang, pakcik yang strok tu, isteri dia, anak dia 2 orang yang masing2 masih bersekolah.

Aku hanya boleh bercakap dengan isteri dia yang menceritakan perihal kehidupannya. Aku tanya pendapatan bulanan makcik dapat macam mana ?

Dia kata melalui bantuan kebajikan RM400 sebulan. Dengan wang itulah dia makan minum, dengan wang itulah dia uruskan perbelanjaan sekolah anak2 nya, dengan wang tu lah untuk sakit demam, . Api tak kena bayar sebab biasa katanya rm13. Cuma air kena bayar katanya.

Bayangkan nilai RM400 sekarang untuk cukupkan 4 mulut ? Bayangkan jika ini ibubapa kita ?

Makcik pakcik ni makan tak memilih, apa saja ada itulah yang dia akan makan. Hulurkan juadah berbuka puasa pun takpe dapatlah mereka merasa nikmat berbuka dan simpan lauk untuk bersahur.

Selepas berborak agak panjang, aku minta untuk jenguk keadaan rumah makcik tu, makcik tu kata masuklah dan aku mintak izin untuk ambil gambar keadaan rumah makcik tu dan dia benarkan.

Keadaan makin menyedihkan bila aku masuk ke rumahnya, tiada peti ais, tiada kelengkapan rumah, keadaan rumah berterabur, jika makan pun atas simen, keadaan seperti dalam gambar. Rumah tiada bilik hanya bertiraikan langsir. Dapur makcik tu menggambarkan betapa hidupnya amat dhaif.

Melihat keadaan rumahnya je membuat hati aku bertambah sedih dengan keadaan makcik dan pakcik ni. Aku yakin hidupnya banyak hari yang lapar berbanding hari kenyang.

Yang lagi sebak, makcik ni bagitau rumah dia pernah dimasuki pencuri. Apalah yang nak dicuri oleh pencuri tu.

Sedang aku asyik berborak dengan makcik tu, tetiba datang seorang budak, aku tanya ni ke anak makcik ?

Dia jawab eh bukan, pastu budak kecik tu jawab ya. Makcik tu macam kerutkan muka then baru dia kata aah ya ni anak makcik.

Rupanya penglihatan makcik ni kabur.
Dia kurang nampak.

Kita seharusnya bersyukur, dalam kita rasa diri serba susah sebenarnya ada lagi insan yang lebih susah yang memerlukan bantuan.

Aku tanya makcik pergi beli lauk pauk macam mana ? Dia kata jalan kaki je.
Kadang 2 hari sekali. Yelah aku faham sebab takde peti ais untuk simpan.

Motor atau basikal pun makcik ni takde. Makcik ni kata dia tak kerja sebab jaga suami. Mulia sungguh hati makcik ni yang menjaga suami strok walaupun dalam keadaan susah.

Sebelum balik aku minta izin untuk ambil gambar pakcik dan makcik demi Allah bukan untuk aibkan tapi untuk tujuan agar sama2 dapat membantu ringankan beban mereka sekeluarga.

Bila terjumpa pakcik makcik ni nanti mudah yang lain dah kenal untuk hulurkan bantuan. Kerana mereka amat memerlukan bantuan walaupun mereka tak meminta2 tapi aku tahu mereka amat memerlukannya.

Sama2 kita ringankan beban
mereka yang susah yang tiada upaya untuk bekerja mencari sesuap nasi.

Aku tanya no handphone makcik
ni tapi dia kata tak pakai telefon.

Aku sempat minta akaun bank dari makcik ni untuk sama2 hulurkan bantuan.

Aku kata saya nak mintak akaun makcik supaya yang lain2 boleh bantu hulurkan sumbangan.

Hati aku gembira bila berbicara dengan makcik ni walau sekejap je sebab aku nampak wajah makcik ni happy bila dengar berita tentang bantuan walaupun dia tak minta pun.

Akaun bank ni atas nama suami dia pakcik Ariffin. Nak detail boleh tengok gambar.

AKAUN BSN : 03016 410000 81957
Ariffin Bin Che Mud

Kita sama2 membantu ringankan beban mereka. Ramai lagi insan yang perlu kita bantu.

Mungkin dengan kita bantu golongan yang susah Allah hindarkan kita dari musibah.

Yang berkemampuan mungkin boleh potong sebulan RM100 atau RM50 untuk bantu pakcik makcik ni. RM10 sebulan jadilah. Takkan miskin pun bila memberi, percaya lah.

Yang nak direct jumpa dia untuk hulurkan bantuan boleh pergi kat kg gual periok, atas gual, tanya orang pakcik pin yang lumpuh akibat strok.

Yang ada pakaian lebih, peralatan rumah lebih, kerusi, sofa, meja makan, beras, makanan, wang bolehlah hulurkan bantuan.

Percayalah dengan banyak
memberi Allah akan ganti yang lebih baik.

Inilah antara saham kita di akhirat. Bantulah bagi mereka yang mampu. Jika bukan kita siapa lagi.

Segeralah kita bantu, sepertimana sahabat nabi yang berlumba2 lakukan kebaikan apatah lagi di bulan ramadhan yang ganjaran Allah berlipat kali ganda.

Lakukan segera, carilah golongan yang susah di kawasan anda untuk sama2 kita bantu selagi kita mampu.

Biarlah hari raya ni mereka merasa gembira. Yang mana balik kg hari raya ni bolehlah jenguk pakcik makcik ni.

Yang tidak mampu memberi, cukuplah anda share supaya yang lain boleh membantu.

Semoga Allah balas kebaikan buat kita semua.

Sumber: FB Pendekar Muda via OhTrending

Kongsikan Artikel Ini!!

Scroll to top