Tauhu Berlauk, Resipi Sihat & Ringkas Untuk Berbuka, Gerenti Sedap!

Biasalah bila dah nak masuk penghujung Ramadan ni, mak-mak mesti dah naik buntu nak memikirkan menu nak masak apa untuk keluarga. Baik menu untuk waktu bersahur mahupun untuk berbuka.Sampai kering idea lah, gitu.

Dan ada masa tertentu juga memang kita nak makan yang ringkas-ringkas je, tak lalu nak yang berat-berat macam  nasi dan mee.

Mungkin mak-mak boleh cuba resipi tauhu berlauk ni.

Tauhu jika digoreng kosong agak menjemukan. Apa kata tauhu yang ada didalam peti sejuk itu, mak-mak olah jadi Tauhu Berlauk ikut resipi ni.

Bukan je sedap dan ringkas, malah resipi tauhu berlauk ni, cukup sihat kerana kaya dengan protien dan pastinya mengenyangkan.

Bukan kata anak-anak, mak ayah pun gerenti suka punyalah!

Bahan-Bahan:

4 ketul tauhu

2 tiub Tauhu Jepun (Tauhu Telur)

50 gram udang atau isi ayam

1 tangkai cili merah

1 batang daun bawang dan daun sup

4 biji telur  

sedikit garam, serbuk lada putih, serbuk perasa secukup rasa

Cara Membuat:

1. Kisar tauhu, tauhu Jepun, 2 biji telur , udang atau isi ayam didalam mesin pengisar.

2. Selepas itu, masukkan hirisan daun bawang,cili merah dan kacau sebati.

3. Masukkan pula garam, serbuk lada putih,serbuk perasa secukup rasa dan gaul rata.

4. Kemudian masukkan bahan bancuhan tadi didalam bekas dan kukus dalam anggaran 15-20 minit sehingga adunan menjadi keras.

5. Biarkan ia sejuk seketika, selepas itu potong dalam bentuk yang dikehendaki.

6. Akhir sekali, pukul 2 biji telur, celup dan goreng sehingga bertukar warna perang keemasan.

Siap!

Info Ekstra!

Tauhu Berlauk ini juga enak dicicah bersama sambal cili, cili kicap atau kuah rojak.

Selamat Mencuba!

Scroll to top