Tauke Akhirnya Umum Nikah Tahun Ini

HANYA kerana tidak lagi kelihatan bersama di majlis hiburan mahupun di laman sosial, muncul ura-ura kononnya hubungan antara Tauke Jambu dengan tunangnya, Nadia telah putus.

Apatah lagi, usia pertunangan mereka sudah pun hampir dua tahun.

Mengulas gosip itu, Tauke atau nama sebenarnya, Zamatul Amri Zakaria, 41, menafikan gosip tersebut sebaliknya memaklumkan hubungannya dengan Nadia masih baik.

Lebih mengembiran, Tauke memaklumkan dia bakal melangsungkan perkahwinan pada hujung tahun ini.

“Alhamdulillah, sehingga hari ini hubungan kami masih baik dan rapat. Cerita yang mengatakan hubungan kami sudah berakhir adalah tidak betul.

“Saya ada juga mendengar gosip ini tapi saya tidak mahu ambil pusing. Cukuplah saya katakan kami masih bersama cuma kebelakangan ini masing-masing sibuk dengan urusan peribadi,” katanya seperti dipetik BH Online.

Dalam pada itu, Tauke turut meminta dia peminat agar urusan pernikahannya dipermudah.

Tauke mengikat tali pertunangannya dengan Nadia, 28, pada 6 Disember 2015. – MYNEWSHUB.CC

Loading...

Scroll to top