T’ganu Sedia Import Bekalan Kelapa Jika Memerlukan

KUALA TERENGGANU – Kerajaan negeri bersedia untuk mengimport bekalan bahan mentah seperti kelapa untuk menampung permintaan sepanjang sambutan Aidilfitri ini jika keadaan memerlukan, kata Pengerusi Jawatankuasa Pertanian dan Industri Asas Tani, Perusahaan Perladangan dan Komoditi Terengganu Datuk Muhammad Pehimi Yusof.

Justeru kata beliau, penduduk di negeri itu tidak perlu khuatir terputus bekalan.

“Kira-kira 35,000 biji kelapa telah sedia untuk dibekalkan pada minggu-minggu perayaan ini.

“Setakat ini bekalan sentiasa ada dan kita yakin ia mencukupi sehingga hari raya nanti,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Berbuka Puasa bersama Media, di sinin semalam.

Beliau juga memberi jaminan bekalan daging ayam, lembu dan ikan mencukupi untuk menampung keperluan perayaan. – BERNAMA

Loading...

Scroll to top