Video Satu Gereja Terkejut Dengan Pengakuan Gadis Ini Sehingga Paderi Terpaksa Hentikan Ucapan

Seorang gadis yang baru mencecah umur 12 tahun melakukan tindakan beraninya dengan berdiri di hadapan ahli gereja yang hadir memberitahu kepada mereka bahawa dia sebenarnya

Seorang gadis yang baru mencecah umur 12 tahun melakukan tindakan beraninya dengan berdiri di hadapan ahli gereja yang hadir memberitahu kepada mereka bahawa dia sebenarnya adalah merupakan seorang lesbian.

Gadis tersebut yang dikenali sebagai Savannah telah mendedah perkara tersebut di gereja Utah, Salt Lake City, dia telah memberitahu kepada semua bahawa dia merupakan seorang lesbian dan dia amat berbangga kerana Tuhan menjadikan dia sebagai seorang lesbian.

Sannah dengan beraninya telah berdiri di hadapan ahli gereja memberitahu bahawa dia amat bertuah kerana ibu bapanya menyokong tindakannya itu serta memberikan semangat kepadanya supaya menjadi dirinya sendiri.

Walaupun mengetahui bahawa saya mahu menjadi lesbian, namun ibu bapa saya tidak membantah malah menyetujui keputusan saya itu serta menyokong tindakan saya itu.

"Saya percaya bahawa Tuhan menyayangi saya walaupun dia menjadikan saya begini saya percaya bahawa setiap apa yang di jadikan pasti ada tujuannya sendiri serta saya rasa apa yang saya buat ini tidak salah", kata Savannah dalam ucapannya.

Dalam video ucapannya itu kita boleh mendengar orang rami yang mula merungut kepadanya kerana terus memberikan ucapan mengenai dirinya yang mengakui lesbian tersebut.

Ketika Savannah memberikan ucapan dengan bebas dan berani, tiba-tiba mikrofon yang digunakan olehnya telah berhenti berfungsi dan menyebabkan dia yang kebingungan telah bertindak mengetuk-ngetuk mikrofon tersebut dan menganggap perkara tersebut tidak seharusnya berlaku kerana ia melanggar etika kebebasan bersuara.

Malah dia telah di suruh duduk kembali ke tempat duduknya semula oleh dua orang Paderi gereja yang duduk berhampiran dengannya menyebabkan Savannah terpaksa akur dengan mereka dan dapat dilihat Savannah berlalu berjalan pergi sambil kedua-dua Paderi berkenaan bercakap sesama mereka.

Kemudian salah seorang pegawai berkenaan terus mengambil alih di tempat Savannah memberikan ucapan tersebut dan terus memberikan ucapan tanpa membincangkan kembali ucapan Savannah tersebut serta terus memimpin ahli gereja untuk sama-sama berdoa.

Kejadian tersebut betul-betul membuatkan Savannah menitiskan air mata kerana perbuatan menghentikan dia berucap memang sengaja dilakukan sebab mikrofon tersebut langsung tidak mempunyai masalah ketika Paderi tersebut berucap.

"Dia telah mula menangis sambil kami berjalan ke dewan dan saya telah memujuknya dengan memberitahu bahwa dia amat sempurna dan baik serta dia tidak melakukan sebarang kesalahan kepada sesiapa pun sambil memegang wajahnya", kata ibu Savannah iaitu Heather kepada Dailymail.com.

"Saya amat marah dengan mereka kerana tergamak melakukan begitu kepada anak saya walaupun dengan alasan apa pun, Savannah telah meminta kepada kami selama berbulan-bulan untuk memberikan ucapan tersebut di hadapan gereja".

"Tetapi saya dan suami enggan membenarkannya kerana tahu bahwa perkara tersebut akan mendapat tentangan oleh pihak gereja, dia telah memintanya dari kami sejak bulan Januari namun kami hanya bersetuju untuk memberikan kebenaran kepadanya pada bulan Mei," katanya lagi.

Menurut ibu Savannah, anaknya itu telah berusaha dengan bersungguh-sungguh untuk membuat ucapan tersebut dan kami terpaksa membenarkannya membuat ucapan itu kerana bagi kami ianya akan menjadi lebih teruk jika kami menghalangnya serta memberikan pelbagai alasan yang menggambarkan kesalahannya itu.

Dalam temu bual bersama Savannah, dia mengatakan bahawa dia amat malu kerana telah di arahkan supaya kembali ke tempat duduknya semula namun dia turut mengatakan bahawa dia turut merasa sedih dan gembira pada masa yang sama.

Sedih kerana luahannya tidak di dengari oleh semua orang, manakala gembira kerana akhirnya dia dapat keluar dari kepompong dan menunjukkan kepada dunia bahawa menjadi lesbian bukanlah sesuatu yang pelik.

Mengikut Islam pula perbuatan tersebut amat dilarang serta di laknat oleh Allah.

Al-Qur'an menegaskan betapa hinanya homoseksual, dalam surat Al-A'raf ayat 80, Allah menegaskan bahawa homoseksual adalah satu perbuatan yang keji. Kemudian dalam ayat 81, dikuatkan lagi dengan menyebutnya sebagai sesuatu yang amat dibenci hati, tidak patut didengar dan dijauhi oleh tabi'at, iaitu perbuatan berkahwin sesama lelaki atau sesama perempuan.


Scroll to top