Video ular tedung besar dan panjang cuba masuk rumah jadi viral, ditonton lebih 2 juta kali

Video ular tedung besar dan panjang cuba masuk rumah jadi viral, ditonton lebih 2 juta kali

Video ular tedung besar dan panjang cuba masuk rumah jadi viral, ditonton lebih 2 juta kali

Sepotong video menyaksikan seekor ular tedung yang cuba untuk memasuki sebuah rumah di Batu Pahat, Johor tular di media sosial.
 
Menurut seorang pengguna media sosial yang dikenali sebagai Derrick Yi Fan, dia amat terkejut apabila terjumpa ular tersebut di hadapan rumahnya pada Ahad lalu.
 
Menerusi video yang telah ditonton lebih daripada dua juta pengguna Facebook itu, ular tedung tersebut kelihatan amat agresif dan mencuba sedaya upaya untuk masuk ke dalam rumah.
 
Ketika kejadian, Derrick memaklumkan tiada sesiapa di dalam rumahnya dan sejurus melihat kehadiran ular tersebut, dia menghubungi pihak bomba untuk menangkap haiwan berbisa itu.
 
Ular tedung sepanjang lapan kaki itu kemudian berjaya ditangkap walaupun pihak bomba mengalami kesukaran untuk mencarinya di dalam rumah tersebut.
 
Berikut kami kongsikan video ular tedung yang menyeramkan ramai pengguna media sosial :Sumber: Astro Gempak
Loading...
Scroll to top