Zarina Anjoulie Gaduh Dengan Ex Husband Di IG

BERKENALAN di Instagram, apabila sudah bercerai pun Instagram menjadi ‘medan pertempuran’ antara pelakon Zarina Anjoulie dan bekas suaminya, Pengiran Mohd. Ilham Shazwan.

Setelah sah bercerai tahun lalu, Zarina dan bekas suaminya nampaknya masih belum berdamai kerana mereka berdua sering dilihat ‘menyerang’ satu sama lain di laman Instagram masing-masing.

Pasangan ini berkahwin secara senyap-senyap pada 8 Februari 2015 dan bercerai pada 16 Dsember 2016.

Pergaduhan mereka itu bersifat serangan peribadi dan menuding-nuding jari terhadap kelemahan diri masing-masing. Kami baca pun malu tau, gulp!

Bekas suami Zarina dikatakan sering memuat naik Instastory mengutuk bekas isterinya dan ‘perniagaan haram’ yang wanita itu usahakan.

Zarina pula membalas dia bersyukur tidak perlu menjual dadah untuk menampung kehidupannya kini dan bahagia mencari duit daripada sumber rezeki yang halal.

Dalam tenang menghadapi drama ciptaan bekas suaminya yang berwarganegara Brunei itu dan sempat melantik lelaki itu untuk menjadi stokis tunggal produk jualannya di negara tersebut.

Kami tidak tahu bagaimana atau mengapa ‘peperangan’ tercetus di antara mereka, tetapi apa-apa pun perlu ke dilakukan di hadapan khalayak? Kalau ya pun tiada lagi perasaan sayang, tidak perlulah aibkan diri masing-masing di laman sosial.-MYNEWSHUB.CC

Loading...

Scroll to top